Assalamualaikum
Cara Jaga Pakaian Putih | Cara Hilangkan Kotoran Pada Pakaian Putih | Banyak-banyak baju warna putih aku tak suka pakai. Warna cantik tapi kalau aku pakai confirm sekejap je kotor. Lol. Tengok orang lain pakai cantik je. Lagi satu macam kurang sesuai je warna putih dengan aku, terasa macam gelap bile pakai putih walhal zaman sekolah pakai baju kurung putih jugak. Seumur hidup, aku ada 2 baju kurung warna putih (baju sekolah dikecualikan sebab tu wajib). Baju kurung pertama masa form 1 dan baju kurung kedua pakai masa grad tahun 2011.
Bercakap pasal baju putih ni ada beberapa cara untuk jaga pakaian putih ni. Kadang-kadang baju putih mudah sangat jadi kuning. Nampak kotor sangat kan!
Cara Jaga Pakaian Putih
- Jangan campur pakaian ketika basuh - Kalau basuh warna putih asingkan dari baju-baju yang bewarna. Aku kalau cuci baju memang asingkan warna hitam, warna merah. Memang dua tiga kali basuh sebab ikut warna.
- Campur perahan jus lemon atau cuka - Ambil beberapa titik dan campur dalam air masa bilasan terakhir untuk hilangkan kotoran degil pada baju warna putih. Baju akan nampak bersih seperti baru. Bau cuka hilang bile pakaian kering nanti. *aku tak pernah buat
- Rendam pakaian dalam air panas (hanya untuk pakaian yang boleh tahan suhu panas) - Rujuk label pada baju. Ianya boleh menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlu gosok.
- Guna peluntur untuk cuci pakaian putih - Jangan guna pada material linen atau pakaian bermaterialkan elastik. Jangan kerap basuh stoking bersama peluntur sebab nanti stoking akan longgar. Penggunaan peluntur secara kerap boleh menyebabkan pakaian jadi kekuningan.
- Buang kesan kotoran terlebih dahulu sebelum kering - Jika kesan kotor masih belum hilang walaupun dah kering, basuh lagi kotoran menggunakan perahan lemon.
Ada yang pernah cuba cara kat atas ni? Guna lemon untuk hilangkan kotoran yang sangat degil???
2 Comment for "Cara Jaga Pakaian Putih "
budak2 nak naik sekolah ni mmg kena jagalah pakaian diorang tu. tq naniey for sharing
kalau baju putih ada la 3 helai semuanya basuh dgn baju tak turun warna. suka guna clorox campur sabun sikit
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)