Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Khasiat Ulam Ulaman Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

  Assalamualaikum

Khasiat Ulam Ulaman Untuk Kesihatan Dan Kecantikan | Ulam-ulaman banyak khasiat untuk penjagaan kesihatan mahupun kecantikan. Kalau bab cantik-cantik ni memang terbeliak biji mata nak tau. Ulam membekalkan serat penting untuk sistem penghadaman manusia dan memudahkan perkumuhan. 
 

Jenis Ulam-Ulaman Dan Khasiatnya

  1. Ulam pegaga - Boleh menjana daya pemikiran lebih cerdas di kalangan kanak-kanak serta membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. (Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
  2. Petai - Petai agak berbau dan ramai yang tak suka makan sebab baunya tapi khasiatnya superb! Berdasarkan kajian, petai ada kandungan protein 8% lebih tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Selain itu petai juga mengandungi karbohidrat, air, kalisum, zat besi, fosforus, Vitamin A,B1,B2 dan C. Petai dapat merawat kencing manis, penyakit jantung dan juga mencuci buah pinggang. 
  3. Jering - Geng petai sebab ianya pun berbau dan mempunyai khasiat yang sama seperti petai. Boleh merawat penyakit kencing manis. Kandungan sebatian alkaloid dapat meneutralkan paras gula dalam banda.
  4. Kangkung - Mudah nak dapat dan tumbuh meliar di kawasan sumber air. Kangkung boleh menyembuh penyakit buasir, mengubati insomnia, merawat sakit kepala. Dari segi kecantikan pula, ianya boleh melebatkan rambut.
  5. Daun Selom - Daun dan batangnya dapat sembuhkan bisul dan bengkak kerana kanser. Buahnya baik untuk sistem perkumuhan dan mengeluarkan angin dari perut dan usus.
  6. Peria - Pahit tapi power. Peria ni boleh mengawal gula dalam darah, kuatkan antibodi, tajamkan mata, kurangkan kadar kolestrol dan kuatkan tulang.
  7. Bunga Kantan - Sangat popular sebagai penyedap dalam kasakan seperti laksa, asam pedas dan nasi kerabu. Ianya boleh menghilangkan bau badan, menguatkan tenaga batin dan menghilangkan lendir dan kahak. 
  8. Daun Kaduk - Di gunakan dalam masak lemak udang & ketam. Air rebusan daun kaduk dapat merawat selsema, batuk-batuk, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. 
  9. Daun Selasih atau Kemangi - Dapat mencegah kembung perut, mengurangkan tekanan, menghilangkan sakit kepala dan membantu mencairkan kahak.
  10. Kacang Botol - Boleh mengubati serangan demam campak. 
  11. Ulam Raja - Ianya bagus untuk membersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Ulam fave aku mestilah ulam raja. Sedap sangat-sangat. Tapi time balik kampung je la baru dapat makan. Cicah dengan budu. Woww.. Aku makan budu hanya dengan ulam raja dan terung bakar sahaja. Mama yang buatkan dan mama je la tau jenis budu mana yang ok sebab aku alergik dan mudah gatal tepi mulut kalau tersalah jenis budu. Tak de la istilah tak boleh hidup tak de budu. Kacang botol aku dah serik nak makan sebab masih terbayang 'overdose' (terlebih makan) masa duduk kat Pahang dulu. Masa kecik-kecik dulu mama papa berkebun nak makan sayur. Kecik je tanahnya kat belakang rumah tapi boleh la tanam kacang botol, tanam kangkung, sawi, kailan buat makan sebab masa duduk kat Pahang dulu susah nak dapat sayuran kat kedai runcit.  Kalau nak beli pun kena pergi ladang orang kampung situ. Beli terung, timun dan lain lain.


P/S: Kalau tengok drama 'Anak Sena' tu memang tempat aku membesar dulu dulu tapi tempat aku duduk kena mudik ke atas sikit. Kat Kuala Tahan tu masa aku sekolah menengah. Rindunya... 


4 Comment for "Khasiat Ulam Ulaman Untuk Kesihatan Dan Kecantikan "

Suka makan ulam ulaman. Kalau jering petai tu kena buat sambal dulu baru boleh makan. tapi jenis daun tu mostly semua saya makan. Ulam fav saya pulak daun tenggek burung, daun selom, daun pengaga. rebus rebus suka jantung pisang, peria. wahh terasa rasa sedapnya cicah sambal.

cik nur suka semua ulam kecuali jering he hee

Setiap ulam ada khasiatnya tersendiri . Yang penting boleh bagi kita awet muda selalu

Walaupun tahu banyak manfaat dia, tapi saya tetap susah nak telan hehehe >.< Memang dari kecik susah nak makan ulam ulaman

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top