Kad Peduli Sihat Selangor | Peduli Rakyat | Peduli Sihat
Assalamualaikum
Wahhhh untungnya jadi rakyat Selangor. Nah berita gembira untuk rakyat Selangor ' KAD PEDULI SIHAT SELANGOR'. Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam Kad Peduli Sihat Selangor. Ianya PERCUMA.
Kategori A
- Untuk suami/isteri atau anak-anak (dibawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah RM3000.00 sebulan dan ke bawah
- Dapat isi kad bernilai RM500.00 setahun.
- Had gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis rawatan/perubatan : Tiada had.
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga/pemegang akaun utama)
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
- Pendapatan individu : RM1500.00 sebulan dan ke bawah
- Dapat isi kad bernilai RM200.00 setahun
- Had gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis rawatan/perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu/pemegang akaun utama)
Syarat-Syarat Kelayakan.
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani permohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
- Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.
Pertanyaan lanjut boleh layari di http://pedulisihat.com atau hubungi 03-20893911
Tag :
info kesihatan,
peduli rakyat
0 Comment for "Peduli Sihat Untuk Rakyat Selangor Sahaja "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)