Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Servis Taqbin Courier Mengecewakan

Servis Taqbin Courier Mengecewakan | Contact No Taqbin Courier


Assalamualaikum 

Bijak Taqbin ni kat website letak satu je no untuk call. Lain kali buat free toll jadi duit customer tak habis nak call. Kalau agak malas sangat nak jawab call. Email pun malas nak reply. Nak kena tulis 4-5 email baru nak reply. Nak gune gune ayat sarcasm baru nak reply. BE PROFESIONAL kalau dah kerja buat kerja. Bertanggungjawab dengan position. Jangan cari alasan leceh. Leceh resign cari kerja lain. Huh! 
 
Memang saya tak kan beli barang kalau seller guna  Taqbin courier ni. Sumpah serik! Dua kali guna dua kali macam haram servis! First dengan LAZADA, Second Althea. Pihak LAZADA (seller) & ALTHEA both ok. Yang teruk kat bahagian courier ni. Tak tahu la apa masalahnya. Apa boleh buat sampai Malaysia, tak tahu pulak Althea ni guna Taqbin.

Nak suruh saya self collect? Memang tak la. Nak bayar duit keluarkan duit tambang semata-mata nak pickup barang.. Saya bayar duit pos, tak kan saya nak keluarkan duit tambang pula semata nak pergi collect barang. Lepas tu cakap barang deliver dua kali tapi tak de orang. Bodoh ke apa. Dalam status tak de tulis delivering and barang saya yang lain boleh sampai gune courier gdex, poslaju, citylink boleh sampai kat tempat saya why barang Taqbin tak sampai-sampai? Ntah zaman bile buat second delivery. Penipu je! Kalau datang time office hour ada orang terima barang. Kalau datang lepas office hour sapa nak terima? Hantu? Jin? Panas betul hati. 

Nasib baik customer servis Althea ni sangat bagus membantu dan tolong tanya pihak courier sebab saya pun dah penat email, call haram jadah nak jawab. Tapi lepas inform Althea, petang tu Taqbin call. Nak rearrange delivery. Dah deal hantar barang hari Isnin WAKTU OFFICE HOURS! Hari Isnin balik tengok kat tempat parcel tak de pun parcel saya. Parcel orang lain ada. Haishh... Check tracking no, status delivered. Tapi pelik pulak kat status tulis jam 19.02. Sapa yang terima parcel tu? OFFICE DAH TUTUP. Tak pe la, sedapkan hati cakap mungkin pihak ofis terlupa nak letak parcel saya. Check esok la.. 

Keesokan hari saya check tak de (hari Selasa) tapi barang lain dari courier lain ada je yang baru sampai hari tu. Mane parcel dari TAQBIN? Saya call TAQBIN barang dah delivered, "saya nak tahu barang tu dihantar pada siapa? Saya nak PROOF OF DELIVERY. Mane ada orang office jam 7. Pihak Taqbin cakap ok saya akan check dulu untuk dapatkan Proof Of Delivery daripada branch. Esok saya if saya dapat saya whatsapp cik. No 013 ni kan

Hari Rabu saya tunggu sampai jam 4 petang tak de whatsapp pun masuk. Makin panas saya.. Janji macam tettt... Saya call dua no tak jawab.. Jam 5.03 petang saya call, baru ada manusia jawab. Line bukan busy pun time saya call. Ye la telefon jenis nampak no tu kan. Mesti malas nak jawab nak melayan karenah customer macam saya ni. Saya cakap dengan Amira. Saya tanye bile boleh dapat Proof Of Delivery tu. Die janji saya akan push branch etc. Saya cakap if lame-lame macam ni barang saya pun hilang macam tu je. Nak sedapkan hati saya die cakap boleh claim nanti kalau barang hilang. Bukan masalah claim. Saya nak barang saya. Saya beli nak dapat barang bukan nak claim. 

Khamis- saya email je dalam keadaan marah. Sapa tak marah email saya langsung tak reply. Sakit tangan agaknya nak reply email. Kalau customer email, reply. Cepat or lambat tak pe. Ni sampai empat lima email langsung tak berbalas. Apa kes? Email dari 15 Dec tak reply. Pagi tadi baru reply. Teruk! Reply pun bagi no fon je. Hampeh. 

Petang ni saya nak call nak tanye proof of delivery tu dah dapat ke belum?. Bijak Taqbin ni letak satu no je kat website so orang tak boleh nak call no lain dan kena hadap no tu je. 0380226579.Ni no lain yang boleh call direct 0380226551/0378879721/0378879722.

UPDATE: Proof of delivery di hantar oleh Amira. Received with thanks. Tapi sape la yang terima tu. Name saya, no IC bukan no IC saya. Haishh.. Nasib baik ada parcel tu. akhirnya. Yang pasti bukan pihak pengurusan yang terima. Kalau pihak pengurusan sekejap je dah letak. Barang lain saya terima elok tapi barang ni why pengurusan tak letak? Nasib manusia yang terima ni jujur dan letak walaupun lambat. Alhamdulillah.




1 Comment for "Servis Taqbin Courier Mengecewakan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top