Katarsis NanieyBarnieyLurviey | Personal
Assalamualaikum
Jumaat yang sungguh memenatkan tapi penuh dengan semangat. Semangat hujung tahun. Tapi busy mengejar target bulan ni. Tahun ni lambat sikit ke Menara SSM pergi renew rob. Punye lah ramai orang semalam. Dah la tersalah naik lif. Adehhh.. Setahun sekali je pergi SSM. Sebelum nak naik lift semalam kat bahagian luar tu ada mesin untuk renew rob, just masukkan IC, kena masukkan jumlah yang tepat. Tapi saya tak berani guna mesin sebab kena scar jari. Better terus ke kaunter. Tunggu je la. Ramai orang yang datang renew, yang baru nak register business.
Settle kat SSM terus ke CIMB kat KL Sentral. 1 kaunter je bukak nak tukar kad. Ada dalam 20 orang saya kena tunggu. Lamenye.. Then tanya kat CS untuk kad company nak tukar perlukan apa. Then CS cakap kena bawa SSM dengan Cop Company. Adeehhh.. Kalau borang SSM tu dah ada, cop pulak tak bawak. Settelkan kad sendiri la dulu jawabnya. Sampai turn saya perkara yang paling stress kena scan jari. Banyak kali juga try kiri kanan tak dapat. Pegawai bank tu pun dah stress. Last-last die cakap dapatkan surat akuan kat JPN then boleh datang sini balik. Sabar je la.. Next week la kalau rajin pergi lagipun kalau CIMB memang saya tak gune debit card untuk purchase online. Macam mahal gile rase gune CIMB. Prefer Maybank lagi kalau gune debit kad. Nasib maybank lepas buat hari tu kat kiosk tapi dapat tukar yang saving acc je, yang current acc tak dapat lagi.
Settle kat CIMB (tak settle pun sebenarnya) terus ke tempat Lurviey nak hantar exercise bike pula. Sampai Setiawangsa Lurviey call cakap kereta pulak tak boleh hidup. Aduhh double stress.. Then kat Taman Melati Lurviey call lagi cakap dah boleh hidup. Alhamdulillah.. Terus pergi kat bengkel uncle ahlek, rupanye starter yang problem. RM15 je tukar. Berkejar-kejaran sungguh semalam ke situ ke sini. Berapa kalori yang dibakar tu? Lol. Yang penting, benda yang penting dah settle. JPN tu masih ada banyak masa nak kena pergi. Adehhh.. Jangan nanti nak kahwin ada sistem scan jar sudah la ye..
0 Comment for "Terpaksa Ke JPN Buat Surat Akuan"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)