Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk | Senarai Lokasi Kiosk Debit Maybank | Cara Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk
Assalamualaikum
Settle servis kereta semalam, Lurviey ajak singgah Maybank Jalan Gombak tukar kad Maybank sebab kat situ ada self service machine. Sampai terus berbaris kat mesin tukar kad. Sekejap je dah siap. Tak sampai 10 minit pun. Dalam hati 'abislah kena scan jari'. Tak suka yang jenis kena scan ibu jari ni sebab memang selalu susah nak detect. Then then bagi Lurviey buat kejap je settle. Haishhh jeles plak sebab Lurviey dah settle. Saya bagi orang lain plak buat. Saya berbaris semula. Masih same.. Kami tukar dua kad. Satu saving dan satu current.
Sampai giliran saya, stress tahap jawab paper kimia. Huh! Tak tahu dah nak letak jari macam mane dah. Yes. Berjaya! Alhamdulillah.. Settle satu. Dan satu kad lagi sampai sudah tak berjaya. Semalam masa habis duk main berbaris buat, tak berjaya. Then baris semua bagi orang lain buat. Sampai la dah 10 kali baris dan 2 kali percubaan setiap kali baris. Tak berjaya. Ok fine! Dalam hati emmmm... Lurviey cakap tak pe, kite pergi hari cuti nanti. Yang penting FREE tak dibayar. Buat sampai boleh! Yang belum buat lagi boleh la buat. Saya memang lewat sikit sebab belum ada masa nak pergi buat. Nak apply online tak berani sebab pihak pengurusan tempat saya duduk ni banyak songeh sikit. Jadi risau la jugak.
Apa yang perlu kalian bawa; kad pengenalan dan kad debit Maybank. (tak boleh suruh orang lain tukarkan)
Lokasi Kiosk Debit
- KL Main Branch di Menara Maybank
- Caw TTDI di Jalan Tun Mohd Fuad
- Caw USJ Subang Jaya
- Suria KLCC
- Caw Jalan Gombak
- Caw The Reef Rawang
- Caw Klang
- Caw Bandar Baru Ampang
- Caw Pandan Indah
- Caw Bandar Baru Bangi
- Caw Kajang
- Caw Seremban
- Caw Port Dickson
- Caw Nilai
- Caw Muar
- Caw Melaka
- Caw Taiping
- Caw Alor Setar
- Caw Penang
- Caw Kangar
- Caw Kuala Terengganu
- Caw Bukit Ubi
- Caw Kota Bharu
- Caw Batu Pahat
- Caw Johor Bahru
- Caw Mid Valler (Dekat Forex)
- Caw KL Sentral
- Caw AEON Mall Shah Alam
Satu je tak best bile tukar kad debit ni. Kad debit Manchester United bile tukar pun dapat kad sepesen je. Kad Cherry tu. Emmm.. Nak customized kad? Emmm tak nak la.. Susah jugak bile kad same bentuk sebab takut tertukar.
Selain guna Kiosk Debit ni boleh pergi kat Kaunter, Log In kat Maybank2U. Yang belum settlekan, cepat-cepat settlekan.
0 Comment for "Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)