Kenangan Pakai Cheongsam Di Butik Mid Valley | Katarsis NanieyBarnieyLurviey | Personal
Assalamualaikum
Kembali kepada 10 tahun lepas! What? Sepuluh tahun sudah berlalu. Major throwback first year first. Zaman baru nak kenal-kenal dengan coursemate, bekerjasama untuk group assignment. Gambar ni mase buat assignment untuk Hubungan Etnik dan lokasi kami pilih di Mid Valley sebab mudah dan sangat famous dengan port lepak student UM. Masa ni group saya semua luar dari Selangor or KL. Jadi pandai-pandai la pergi pusing Mid Valley tu cari bahan assignment. Kami masuk kat satu butik dekat dengan entrance minta kebenaran nak ambil gambar cheongsam untuk assignment kami. (tahun 2007 la, now tak pasti masih ada lagi ke tak butik ni).
Tetiba pulak dorang suruh saya jadi model terjun pakai cheongsam ni. Adehh.. Nampak muke yang tak photogenic disitu dan berbekalkan kamera apa pun dah lupa.. Harga cheongsam ni boleh tahan juga. Merah mata saya. Mata orang lain tak tahu la kan. Indah untuk dikenang zaman dulu baik atau buruk sesuatu pengalaman tu. Saya suka assignment luar kampus. Pergi interview golongan minoriti (gay), interview Presiden MMHA, conduct career visitation kat MDec masa praktikum. Tetiba plak nak throwback. Sebenarnya nak wish Happy Chinese New Year je. Hehe.
0 Comment for "Kenangan Pakai Cheongsam Di Butik Mid Valley "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)