Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Lunch Date Di Sri Suria Cafe Amcorp Mall PJ

Lunch Date Di Sri Suria Cafe Amcorp Mall PJ | Sri Suria Cafe Amcorp Mall | Santai Makan | Amcorp Mall Petaling Jaya | Restoran Di Amcorp Mall


Assalamualaikum
Kredit: Zomato.com

Setahun hanya sekali dapat jumpa. Walaupun duk dekat masing-masing busy dengan komitmen masing-masing. Dapat la tahu beberapa perkembangan kawan-kawan. Masing-masing bawak diri ada keluarga, ada komitmen sendiri. Yati tak dapat join busy dengan bisnes, Wawa jauh kat Perak, saya dengan Huda je yang duk dekat and masih jumpe lepas grad. Yang lain lepas grad tak pernah jumpa dah. 
Tahun lepas bulan satu jugak jumpa sebelum cuti CNY, tempat yang sama, Sri Suria Cafe Amcorp Mall PJ. Sambil makan sambil bercerita. Best bile dapat jumpa member lagi best kalau ramai. Macam-macam cerita suka duka.
Suasana tempat die ok la. Harga not bad la tapi nasib sedap, Alhamdulillah. Kenyang. Sekali sekala makan sini ok lah. Makan hari hari kopak la. 
Macam biasa pergi mane-mane mesti saya tengok tomyam ada ke tak. LOL. Jadi saya order Mihun Tomyam. Huda pun Kueteaw Tomyam. Tahun lepas nak makan Uncle Chilis tapi tutup. Ingatkan tutup cuti rupanya dah tutup terus.. Sempat la lepak sekali kot dengan Huda kat situ mase saya masih keje dulu. 
Next jumpe tunggul KL Gateway Mall siap dan open. Confirm penuh dengan student UM nanti. Dulu sampai sekarang fave tempat lepak student UM kat Mid Valley, lepas ni paling dekat KL Gateway mall tu je la.. Sekian sahaja entri hari ni. Nak siap-siap keluar jumpe Lurviey pula. Have a great weekend
Sri Suria Cafe Amcorp Mall PJ
Ground Floor berhadapan dengan CIMB ATM Machine 


0 Comment for "Lunch Date Di Sri Suria Cafe Amcorp Mall PJ"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top