Udang Masak Lemak Cili Api | Cara Mudah Masak Lemak Cili Api | Cara Masak Udang Lemak Cili Api | Idea Resepi | Resepi Mudah Dan Sedap | Masakan Kampung
Assalamualaikum
Buntu tak tahu nak masak apa. Lauk pun tak de dalam fridge dah habis, nak ke bandar Pasir Puteh pun tak boleh sebab air naik dan banjir dalam bandar. Semalam non stop hujan dari pagi sampai malam membawa ke pagi tadi. Now dah berhenti sekejap lepas tu hujan semula. Sudahnya hari buat nasi goreng, lepas tu buat kerabu maggi siam. Udang masak lemak cili api ni masakan tiga hari lepas. Hari ni resepi #nanieymasak tak de sebab tak de apa nak masak. Entri ni senang untuk rujukan saya. Maklum lah setiap masakan ada macam-macam versi.
Bahan-Bahan
- 1sudu besar bawang yang dah dikisar (anggaran 2 bawang merah + 1 bawang putih)
- Cili Api (Ikut pedas mane nak) Dlm video sy gune 4 biji sebab lada ni memang pedas * tumbuk
- Sedikit kunyit hidup * tumbuk
- Udang
- Garam secukup rasa
- Santan (1 biji kelapa)
- Serai titik 1
- Asam keping 1
Cara-Caranya
- Tumbuk kunyi dan cili api
- Masukkan dalam santan yang telah diperah
- Masukkan serai dan asam keping
- Apabila mendidih terus masukkan udang hingga udang masak
- Masukkan garam secukup rasa. Siap!
- Makan dengan nasi panas
Saya
makan 3 kali. Kali pertama makan terung makan dengan budu dulu. Seorang
naniey buat budu sendiri untuk pertama kali seumur hidupnya. Makan budu setahun sekali
belum tentu. Hehe.. Then kali kedua dan ketiga baru makan nasi dengan
udang cili api. Alhamdulillah kenyang.. Bile dapat makan ikan patin tempoyak ni ye? Banjir banjir ni mane nak mencari si patin?
Tag :
resepi
0 Comment for "Resepi Udang Masak Lemak Cili Api "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)