Tak Perlu Sombong | Ciri Ciri Orang Sombong | Santai Rohani
Assalamualaikum...
Tertarik dengan perkongsian daripada Pak Engku (Dato Hj Engku) berkenaan SOMBONG. Saya kongsikan kat sini dan juga untuk renungan bersama serta peringatan untuk diri sendiri.
🍁 SOMBONG MILIK ALLAH SEMATA🍁
Marilah kita semak ayat suci Al-Quran di bawah ini :
(Al-'Isrā') : 37
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan SOMBONG kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Maha Benar Allah Dengan Segala FirmanNYA.....
ULASAN :
Sombong adalah penyakit yang lebih layak disebut kebodohan yang sering menghinggapi kita semua dan kerap muncul TANPA kita sedari.
1⃣ . Di tingkat pertama, sombong disebabkan oleh faktor HARTA. Kita merasa lebih kaya, lebih kacak & lebih terhormat, lebih berpangkat daripada orang lain.
2⃣ . Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor KECERDASAN. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten & lebih berwawasan dibandingkan orang lain.
3⃣ . Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor KEBAIKAN. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah & lebih tulus dibandingkan orang lain.
Yang menarik adalah, semakin TINGGI tingkat kesombongan, semakin SUKAR pula kita muhasabah diri, mengenal pasti.....
Sombong kerana harta sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan , apalagi sombong kerana kebaikan, sangat sukar dilihat, kerana seringkali hanya berbentuk BENIH-BENIH halus dalam BATIN kita....
Sebaiknya setiap hari, periksa batin kita, apakah kita hidup dalam
kesombongan.... MUHASABAH dan TAWADUK. Kita ini hanyalah manusia, seperti debu di atas batu yg suatu saat akan hilang & lenyap diterbangkan angin. Kesombongan hanya akan membawa kita kejatuhan & kehancuran.
Ya Allah, jadikanlah kami semua sebagai hamba - hamba-MU yang selalu bersyukur atas segala limpahan nikmat dan kurnia-MU,
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami semua kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin Allahumma Aamiin
Dari Abdullah bin Mas'ud bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang dihatinya ada setitik kesombongan." (HR Muslim)
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa membanggakan dirinya sendiri dan berjalan dengan angkuh maka dia akan menghadap Allah dan Allah murka kepadanya". (HR. Ahmad)
MUSLIM MENCINTAI SEMUA DAN TIDAK MEMBENCI SIAPAPUN

0 Comment for "Tak Perlu Sombong Dan Berlagak Sangatlah! "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)