3 In 1 Portable Led Light Therapy | Rawatan LED Di Spa | Portable Led Light Therapy | Review Rawatan LED
Assalamualaikum
Quick review 3 in 1 Portable Led Light Therapy. Apa jua jenis alat kecantikan yang melibatkan LED mempunyai fungsi yang same but basic color ada 3 jenis ni (merah/biru/hijau). Rawatan LED banyak digunakan di klinik atau mobile spa hari ini.
LED berkesan untuk
- Merawat kulit dan menjadikan kulit lebih cantik dan muda.
- Membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan bintik di wajah
- Mencegah breakouts dan juga memudarkan jerawat
- Mudah dan selamat digunakan
Setiap warna LED memberi kesan yang berbeza.
- Warna Merah - Merangsangkan pembentukan kolagen. Kolagen penting untuk membantu membaiki tisu yang rosak dan menggantikan tisu lama kepada yang baru. Sesuai untuk mengurangkan garis halus dan mengecilkan pori.
- Warna Biru - Membantu membunuh bakteria dan mengecilkan pori.
- Warna Hijau - Menyeimbangkan pigment warna, mengurangkan garis halus, anti aging, menyembuhkan luka dengan cepat dan memudarkan parut.
My Review
- Harga a bit pricey tapi ok la sebab boleh buat sendiri kat rumah.
- Ada 3 warna pilihan mengikut rawatan. So boleh pilih panel mane nak guna. Saya selalu gune panel biru dan merah.
- Sangat membantu mencegah pembentukan jerawat dan juga mengecutkan jerawat dengan menggunakan LED warna biru.
- Warna merah biasanya saya gunakan selepas microneedling untuk merangsangkan pembentukan kolagen. Lepas induced gune needle, boost up dengan LED merah pula. Hehe..
- Rechargeable dan portable. So boleh la buat depan tv sebab wireless..
- Akan bunyi beep selepas 15 minit. Bile dah siap one part boleh beralih ke part yang lain pula. (refer gambar dibawah)
- Berkesan dengan pemakaian yang konsisten. Untuk kalian yang ada jeragat boleh gune LED Hijau untuk seimbangkan pigment color.
- Produk (serum/krim) yang mengandungi vitamin A hanya boleh disapu selepas menggunakan Portable Led Light Therapy kerana vitamin A akan menghalang LED daripada menembusi ke dalam kulit.
- Yang tak best tentang Portable LED ni adalah, tak de vibration macam Multifunction LED Light dan juga sangat tak sesuai untuk kalian yang malas. Kalau yang jenis malas kena ambil LED Mask. Switch on and relax je. Tunggu siap. Kalau Portable & Multifunction LED ni kena buat part by part. Leceh bagi orang yang malas.
2 Fasa Rawatan (Pulsating & Constant Light)
Recommended? Yes/No
Rawatan LED bagus untuk kalian yang nak maintain cantik, nak kulit glowing, awet muda. Tidak sesuai untuk kalian yang nak treat deep scar. Boleh combine dengan microneedling treatment.
0 Comment for "3 In 1 Portable Led Light Therapy "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)