Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Cendawan Masak Lemak Cili Api

Resepi Cendawan Masak Lemak Cili Api | Resepi Cendawan | Resepi Masak Lemak Cili Api | Resepi Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum 

Lamenya tak update blog. Memang lama.. Sebenarnya tak de masa. Sepanjang bulan puasa sibuk dan tengah bulan puasa demam teruk pulak. Entri resepi je nak up untuk rujukan mendatang. Maklumlah bile masak benda yang jarang-jarang masak ni kena rujuk resepi (jarang masak sebab duk hostel okeh! bukan malas). Kalau masa ikan patin tempoyak tak payah tengok resepi dah. Ingat dah dalam kepala. Hee.. Nak akhir bulan puasa hari tu, adik saya ada masak lemak cendawan tapi saya tak dibenarkan makan sebab tak sihat dan makan ubat. Terpaksa telan air liur je la. Lepas raya baru dapat buat. 

Bahan-Bahan
  • Cendawan Tiram
  • Kunyit Hidup -ditumbuk
  • Cili Api - 7-9 biji (nak pedas letak banyak lagi) - ditumbuk
  • Serai - dititik
  • Bawang kisar (putih dan merah) - 2 sudu
  • Asam keping - 1 keping 
  • Serbuk kunyit (nak kasi warna cantik) 
  • Santan pekat - 2 cawan
  • Sedikit garam atau kiub ikan bilis 
  • Sedikit air

Cara-Caranya
  1. Masukkan cendawan dalam kuali/periuk. 
  2. Kemudian masukkan kunyit hidup yang ditumbuk bersama cili api, bawang, serai yang dititik, asam keping, santan, sedikit air. 
  3. Bila dah nak masak masukkan sedikit garam atau kiub ikan bilis [ saya masukkan dua-dua. Garam saya guna rock salt (tak masin macam garam biasa) ] 
  4. Dah siap!
Mudah kan. Kadang resepi mudah pun susah nak ingat. Adehh.. Teringinnya kulat tahun. Sedap sangat!


Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Cendawan Masak Lemak Cili Api"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top