Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Ilmu dan Harta

Assalamualaikum...

Ada ilmu tak de harta, orang pandang gitu-gitu je. Ada harta zero ilmu yang tak de pertalian pun terhegeh nak mengaku saudara. Ini Fakta BUKAN Auta. Bukan sekadar dalam drama je tapi realiti kehidupan jelas kelihatan.  

Apa yang kalian faham tentang gambar di bawah ini?




Tertarik untuk saya kongsikan empat kelompok manusia;

  • SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH HARTA DAN ILMU. Lalu dia bertakwa kepada Allah, melakukan silaturrahim serta mengetahui hak Allah di dalam hartanya. Ini adalah tingkatan PALING BAIK.

  • SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH ILMU TETAPI TIDAK DIANUGERHI HARTA. Namun dia mempunyai niat tulus dan mengatakan ' Andai kata aku punya harta tentu aku akan beramal seperti si fulan'. Dan kerana niatnya ini, pahala mereka berdua sama.

  • SEORANG HAMBA YANG DIANUGERAHI ALLAH HARTA TETAPI TIDAK DIANUGERAHI ILMU. Dia memakai hartanya tanpa dasar ilmu, tidak bertakwa kepada Allah, tidak melakukan silaturrahim serta tidak mengetahui hak Allah dalam hartanya. Ini adalah tingkatan PALING TERBURUK.

  • SEORANG HAMBA YANG TIDAK DIANUGERAHI ALLAH HARTA DAN ILMU. Namun dia mengatakan ' Andai aku punya harta tentu aku akan beramal seperti amal fulan'. Dan kerana niatnya, dosa mereka sama'.

HR TIMIDZI DAN AHMAD, HADITH HASAN SAHIH. (Dipetik dari Majalah Sinergi, Edisi 09)

Saya dah pernah merasa kena hina dengan orang signifikan yang mengata belakang "belajar tinggi tapi tak de apa pun, yang tak belajar tinggi lebih kaya raya dan berjaya". Lol..

Recheck dan diagnosis diri sendiri. Masing-masing dah besar punya akal.. Yang berilmu bukan semata dunia tapi akhirat juga. Yang berharta pun bukan selamanya berharta, kalau Allah nak tarik sekelip mata je boleh jatuh tersungkur.  Sekadar berkongsi.


posted from Bloggeroid
0 Comment for "Ilmu dan Harta"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top