Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Panduan Untuk Survivor Di Tempat Kerja

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Suasana hari Isnin begitu suram dan masa terlalu lambat berlalu. Jam menunjukkan 9 pagi. Dalam hati dan fikiran kalian lambatnya jam 5.30 petang! Ini berlaku apabila kalian mulai tidak suke dengan pekerjaan dan persekitaran tempat kerja kalian. Titik! Ada yang rasa seperti ini? Saya pernah rasa macam ini. Pepagi menapak dengan penuh perasaan yang negatif dan juga kaki pun berat je nak melangkah. Lunch hour masa yang tepat untuk Google kerja kosong yang tersedia dan menarik minat untuk mohon. Sambil makan sambil update resume dan email mohon kerja baru. Mane tahu nasib baik dapat panggilan interview. Tapi memandangkan peluang yang terhad dan terpaksa bersaing dengan pemohon lain yang lebih berpengalaman menyebabkan saya/kalian merasa terpaksa untuk terus bekerja di tempat sekarang. Sengsara dan seksanya!



Berikut adalah tips untuk kalian survive kat tempat kerja.
  1. Ingat kembali mengapa anda terima tawaran di tempat yang anda kerja sekarang. Adakah kerana gaji yang ditawarkan? Keutamaan dan faedah yang pekerja dapat? Atau dekat dengan tempat tinggal anda? Kenalpasti tujuan anda dan ianya akan membuat anda menjadi lebih positif dan realistik.
  2. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pekerjaan. Tanya diri anda sampai bile boleh bertahan dan harus bertahan. Akan ada satu saat anda harus keep moving forward dan keluar dari persekitaran kerja sekarang.
  3. Buat list bidang atau skop yang anda suka dan kelebihan anda . Nilai dalam sesuatu pekerjaan adalah penting. Jika anda ditawarkan gaji yang lumayan tetapi anda tidak menyukai pekerjaan anda, pasti anda tidak boleh survive. Percaya atau tidak itu hakikatnya. Mungkin ada yang bertahan atas faktor yang tak dapat dielakkan tetapi lama kelamaan ianya akan menganggu pencapaian dan prestasi kerja anda.
  4. Hias working station anda agar lebih menarik dan mampu meningkatkan mood kerja anda. Anda boleh letakkan kata-kata motivasi agar anda terus bermotivasi, letak gambar wajah kesayangan anda agar anda lebih kuat dan bersemangat untuk bekerja. Semburkan pewangi yang membangkitkan mood dan menghilangkan stress anda seperti bauan vanila. Anda juga boleh letakkan pokok hijau agar anda lebih tenang dan segar sepanjang waktu bekerja.
  5. Masalah rakan sekerja yang tikam belakang dan bergosip? Anda harus asertif. Sememangnya bile anda berada dalam persekitaran di mana jumlah pekerja lebih dari 10 orang akan wujud suasana kelompok yang cuba melaga-lagakan orang. Geram dan sakit hati bukan? Sekiranya anda tiak tahan dengan situasi begini anda harus bersemuka dengan elok dengan orang tersebut dan jika masih berterusan dan anda tidak selesa, sudah tiba masanya untuk anda mohon kerja baru. Jangan biarkan diri anda terseksa. Anda berhak menentukan apa yang anda mahukan. 
  6. Pakaian yang menarik dan ceria juga boleh membangkitkan mood dan semangat untuk bekerja. Berdandanlah  seperti anda menghadiri majlis istimewa atau ke annual dinner. Anda lebih yakin dan rasa bersemangat. Hehe.. Based on my experience, kalau pakai formal memang mood keje bagus dan bersemangat tapi bile pakai casual memang hancur la keje sebab rasa macam malas je. 
  7. Dapatkan sokongan dari orang-orang terdekat anda yang dapat menasihatkan anda atau memberi motivasi kepada anda. Suntikan motivasi setiap pagi dari orang tersayang setiap pagi akan membuatkan anda cergas sepanjang hari. Elakkan dari berfikir yang negatif permulaan hari dan juga jauhkan segala aura aura negatif kerana ianya akan memberi kesan kepada anda! 

Semoga tips ini dapat membantu kalian yang sedang bosan, benci, tak suke, struggle dengan kerja dan tempat kerja kalian. 

Sumber dari www.naniey.com 
Rujukan Majalah Lisa & Career Counseling Notes
Di olah kembali : www.naniey.com 

Tak dapat jadi career counselor jadi online career advisor/guidance pun ok jugak kan.  Kat Malaysia tak macam kat overseas, ada kaunselor khas untuk kerjaya. Kat Malaysia ada career counselor tapi bukan more to career sangat pun tapi lebih kepada marketing sebab nak promote masuk kolej dorang. Lurviey suruh  apply untuk Registered Counselor tapi saya tak pasti lagi sebab tak practise pun.. Rasa menyesal pun ada jugak ni sikit sebab tak apply sekali dengan member dulu. Grrrr..

0 Comment for "Panduan Untuk Survivor Di Tempat Kerja "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top