Review Microneedling Treatment 2.0MM | Rawatan Microneedling Malaysia | Dermaroller Treatment | Rawatan Parut Berlubang | Rawatan Parut Kulit Terbakar
Assalamualaikum
Sebut pasal microneedling rasenye ramai sekarang dah mula nampak kebaikan rawatan microneedling untuk menghilangkan segala ketidaksempurnaan di wajah ataupun badan. Sampai retis pun dah jual roller ni jugak siap buat brand sendiri lagi.. Bagi yang kurang bajet nak buat rawatan laser, ni the best treatment dan downtime lebih singkat daripada laser. 99% puas hati dengan rawatan microneedling. Yang penting sabar. Kalau expect hari ni pakai esok hilang baik dap dap muke tu dengan acid. Grrrr...
Hari ni saya nak kongsi pengalaman menggunakan jarum saiz 2.0mm. Kalau sebut rawatan microneedling ni boleh jadi rawatan menggunakan dermaroller, dermapen atau dermastamp. Sekarang dah banyak mobile spa dan klinik menggunakan dermapen sebab lagi jimat. Hanya replace needle je untuk each customer/patient. Di sebabkan #nanieycuti sekarang ni jadi ambil kesempatan cuti ni untuk rolling muke dengan saiz 2.0mm.
Preps before rolling
- Dermaroller/Dermapen (semalam saya gune dermaroller)
- Numb Cream *wajib if gune saiz 1.5mm ke atas (0.5mm/1.0mm- if tak
- Pelembap *wajib*
- Treatment mask *optional
- Red LED Light Therapy *optional
Semalam mase rolling, muke belum full kebas lagi jadi boleh rase jarum tu menusuk dalam kulit. Menahan la muke.. Tapi bile dah lima enam minit kemudian dah total kebas jadi sedap la rolling kat muke. Cume kat dahi je tak lepas nak rolling sebab walaupun dah pakai krim kebas tapi tetap rase sakit. Mungkin terlalu sikit saya pakai semalam kot. And first time juga saya dapat tengok ada darah mase rolling. Biasanya gune 1.0/1.5 walaupun cube tekan kuat mase rolling tu, darah tak keluar pun. Sesetengah orang pakai 0.5mm pun dah berdarah. Yang selalu buat peeling muke akan jadi terlalu sensitif dan tendency untuk muke bleeding mase rolling tu sangat tinggi. Lepas rolling basuh muke dulu sebab ada darah then pakai mask. Semalam pakai vitalizing mask je. Actually nak pakai whitening mask tapi sebab kat instruction mask tu dah tulis tak boleh pakai pada kulit yang luka jadi lupakan saje la. Lepas siap pakai mask, pakai pelembap pula dan continue dengan Red Led Light Therapy. Dah siap!
Secepat mane boleh tengok kesan? Ni soalan yang seringkali orang tanya saya. Within one week boleh tengok muke makin glowing dan parut baru yang hitam dah makin pudar dan hilang. Without any serum or krim parut pun boleh hilangkan parut-parut (gigih saya nak hilangkan parut lubang. Kesabaran kena tinggi). Kalau yang pakai serum or any treatment cream lagi cepat tau sebab serum ni as booster tapi bukan semua orang sesuai pakai serum tau. So kena kenal kulit sendiri la dulu before nak tepek itu ini kat muka.Serum tu option sahaja! Saya memang dah penat dan malas dah nak habiskan duit beli serum or krim parut etc yang indah khabar dari rupa.. Apa lagi nak pakai produk yang 4 in 1, 5 in 1 yang ada day cream night cream tu. Uishhhh tak kuasa. Pelembap memang wajib pakai dan tak pernah skip (saya pakai Safi je. Murah dan mudah nak dapat). Saya start pakai pelembap pun mase first time rolling dulu dan saya ada baca muke berminyak pun tetap kena pakai pelembap. Dengan pelembap ni la akan melambatkan pembentukan garis-garis halus. Lol. Macam tua sangat dah! Memang makin tua pun. Apa yang penting kena sabar untuk setiap treatment yang kalian lakukan. Lately ni banyak yang nak putihkan muke dan akhirnya merosakkan muka yang dah sedia cantik.. Emmm... Yang muke dah cantik tu maintain je
0 Comment for "Review Microneedling Treatment 2.0MM "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)