Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Soalan Yang Akan Di Tanya Ketika Temuduga

Soalan Yang Akan Di Tanya Ketika Temuduga | Soalan Temuduga SPA | Soalan Temuduga Kerajaan | Cara Jawab Soalan Temuduga Kerajaan


Assalamualaikum 


Musim orang mencari kerja sekarang. Jadi macam-macam kalian kena bersedia terutama soalan apakah yang akan ditanya oleh bakal majikan kalian ketika temuduga. Sebut pasal majikan ni macam-macam jenis majikan kalian akan jumpa. Jadi kalian kena bersiap sedia luaran dan dalaman. 


Dipetik daripada Mau Kerja, antara soalan yang akan ditanya oleh majikan semasa temuduga.

  1. Ceritakan serba sedikit tentang diri anda [ Kalian boleh ceritakan pencapaian, kemahiran atau bakat istimewa kalian. Keunikan kalian ]
  2. Kenapa nak bekerja di sini? [ Kalian kena ambil tahu mengenai syarikat dan jawatan yang kalian mohon ]
  3. Peranan di tempat kerja dulu [ Kalian boleh huraikan tanggungjawab kalian dalam jawatan yang lalu secara positif. Cuba kaitkan dengan jawatan yang di pohon sekarang ]
  4. Apa yang dilakukan semasa menganggur [ Kalian boleh ceritakan bagaimana kalian manfaatkan masa tersebut dengan melakukan aktiviti yang sudah lama kalian ingin lakukan seperti travel, kerja part time, melibatkan diri dengan kerja kerja amal dan lain lain ]
  5. Apa kelebihan anda jika diberi jawatan ini? [ Di sini, panel ingin menguji sejauh manakah kalian bersungguh sungguh untuk mendapatkan jawatan ini berbanding calon calon lain. 
  6. Expected Salary [ Kalian boleh research dan tengok gaji semasa bagi jawatan yang dipohon ] 
  7. Cara Menangani Stress [ Kalian boleh huraikan cara kalian menangani stress ]
  8. Contoh situasi kerja mencabar dan cara menanganinya [ Berikan contoh kukuh tentang situasi yang kalian pernah hadapi serta cara kalian tangani masalah tersebut. Pastikan jawapan tersebut memberikan impak positif kepada diri.
  9. Kenapa nak berpindah tempat kerja [ Berikan jawapan yang jujur, namun tukarkan kenyataan supaya ia tidak menunjukkan sebarang 'dendam' atau aura negatif. Kalau nak selamat, tak perlu ulas panjang.

 Soalan Temuduga Kerajaan













Cara Jawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris



 





Jadi, kalian dah ready nak pergi temuduga? Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Bagi yang belum pernah pergi temuduga, just relax je. Yang penting kalian dah siap sedia dengan apa yang kalian nak jawab, tahu background company kalian mohon serta skop jawatan kalian. Expected salary tu jangan terlalu tinggi dan jangan terlalu rendah. Buat research. Zaman sekarang ni ramai je majikan yang nak bayar rendah tapi kalau kalian ada 'wow factor' yang kalian boleh jual pada majikan kalian, for sure majikan akan ambil kalian bekerja. Kena confident masa temuduga tapi jangan over-confident. Know your own work values tau yang paling penting ! 


0 Comment for "Soalan Yang Akan Di Tanya Ketika Temuduga"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top