Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Bahagianya Pertama Kali Jumpa Anak Sendiri


Pengalaman Bersalin Di Hospital Kuala Lumpur | Pengalaman Emergency Ceaser | Wad Bersalin HKL | Wad Bersalin Kelas Ketiga HKL

Tak sabar nak jumpa baby nak kiss baby tapi kena tunggu doktor datang dulu dan kena tunggu cabut tiub kencing dulu dan tunggu Lurviey. Ya Allah tak sabarnya... Pukul 12 lebih bru dapat naik NICU tengok baby. Nurse suruh breast feeding baby. Oh ye, masa baby lahir saya tak de skin to skin dengan baby. Sedihnya... Sebab saya pun tak sedar masa tu.. Her first milk pun susu formula.


Ni la muka baby. Hilang rase sakit. Tapi memang tak rase sakit pun (belum rasa sakit). Compare dengan gambar mase scan memang sebijik. Scan saya buat kat Klinik Danau Kota. Nurse cakap kalau tak de apa-apa nanti dorang akan hantar baby kat saya. Trying to breast feed baby tapi nan hadoo susu. Sambil-sambil borak dengan new mommies kat bilik menyusu kat NICU tak de la rase kekok sangat kan. Dah siap jumpa baby balik kat wad untuk lunch. Pukul  4 nanti naik lagi jumpa baby.

Staff bahagian bius datang interview dan juga nasihat apa ibu yang operation tak boleh buat like mencangkung, tak boleh mengurut, berurut, jangan duk bawah, jangan angkat benda berat. Jawabnya simpan tepi je la bengkung yang saya beli. Set jamu pun saya tak sentuh pun sebab tak sangka pulak operation. Sampai sekarang masih belum sentuh jamu kecuali bedak hangat. Saya beli set Afiat.

Pukul 4 naik jumpa baby, nak susukan baby sebab nurse cakap bagi je hisap walaupun tak de susu, lambat laun keluar la susu. Tapi realitinys masih tak de susu. Sian anak mommy tak dapat susu. Nurse inform malam nanti baru die akan hantar baby kat wad.

Waktu makan malam dah tiba,sian kat Lurviey nak berbuka puasa. Penat die ulang alik ke hospital almost 2 weeks. Masakan kat wad bersalin memang sedap tapi bile dah start pantang bukan semua benda boleh makan. So, MIL masakan lauk sepanjang saya berpantang. Memang sedap la.. Perut memang lapar dan tekak teringin macam macam tapi banyak pula yang tak boleh makan.. Yang boleh buat kudapan kurma je la. Malam tu, nurse hantar baby kat saya. Alhamdulillah. Bermulalah hidup saya sebagai mommy...

Malam tu duk tengok muka baby je. Tak puas tengok. Tidur pun tidur ayam sampai la waktu pagi. Susu masih belum ada tapi tetap df baby sebab nurse cakap biar ada rangsangan. Time LC melawat saya bagitau tak de susu pun lagi. Then die check dan picit picit. Sakitnye la.. So, she said keep df baby je.. Haishhh... Pukul 4 macam tu baby melalak, saya dah mula panik sebab susu tak de. Baby hisap tapi macam hisap kosong. Saya pergi bagitau nurse, kemudian die datang check gula baby. Gula ok, which means baby dapat susu katanya. But saya rase baby tak dapat susu..Stressnya. Kakak sebelah katil saya bagitau try Anmum Lacta sebab die minum tu sekejap je susu banyak. Saya pun whatsapp Lurviey minta belikan susu. Lurviey datang bawa susu dan saya terus bancuh minum dengan harapan adalah susu. Kesian baby lapar...

Next day dah dapat discharge tapi susu masih belum ada. Nak tunggu settle semua bil lama sangat. Jam 10 lebih baru settle. Alhamdulillah dapat balik rumah. Baby pun ok tak de kuning.. Kawasan operation baru rase sakit sikit. Nak jalan pun susah dan slow. Tapi seorang Nurul Ainani bukan reti nak jalan melenggang.. Balik lalu kat kawasan pokok besar area taman, baby melalak sampai panik kami berdua. Ye la baby mesti nampak something. Bukak surah, sambil pujuk baby dengan zikir barulah ok. Masuk rumah, tido. Penat sangat !!

1 Comment for "Bahagianya Pertama Kali Jumpa Anak Sendiri"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top