Cucuk Dua Bulan Elak Difteria | Vaksin Difteria | Cucuk 5 Serangkai
Assalamualaikum...
Dah jadi mak mak ni banyak benda kena ambil tahu, waima yang malas ambil tahu pun kena paksa diri ambil tahu.. Semalam pergi cucuk 2 bulan baby. Asyik sebut baby je kan. Nama baby girl saya Naura Az Zahra Miqayla. Panjang kan.. Meh citer pasal name jap. Actually mase pregnant sebelum scan, semua cakap ni baby boy. Dah confident kami pun panggil namw Asyraff Mikael. Bile pergi scan, doktor cakap inshaAllah 99% baby girl. So kami letak name Naura Miqayla. Bile dah keluar semua tanya ne apa. Kami diam je dulu, cakap tengah fikir lagi. MIL bagi nama Az Zahra. Maka letak name Az Zahra kat tengah tengah. Next time dapat baby girl lagi letak name Miqayla kat belakang dan baby boy Mikael. Aamiin. Tunggu dua tiga tahun lagi, inshaAllah...
Cucuk dua bulan ni, nurse Kak Wan bagitau cucuk 5 serangkai, untuk elak penyakit dan jangkitan difteria. Lepas tanye perkembangan Naura dan timbang serta ukur barulah cucuk.
Mase cucuk 1 bulan, berat Naura 4kg dan tinggi 56cm. Semalam cucuk 2 bulan berat Naura naik 4.56kg dan tinggi 59cm. Settle cucuk dah boleh balik. Die punye meragam macam orang mengadu kena cucuk sakit sangat. Next appointment cucuk 3 bulan clash dengan tarikh adik bongsu kahwin. Kak Wan cakap boleh tumpang kat Klinik Kesihatan kampung saya untuk cucuk 3 bulan tu. Tak sabar nak balik. Mama tak sabar nak jumpa cucu kedua die.. Selalu tengok by video call je tapi tak dapat pegang..
Tag :
nanieydom
0 Comment for "Cucuk Dua Bulan Elak Difteria"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)