Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Warded Di Wad Pediatrik

Warded Di Wad Pediatrik | Petua Hilangkan Demam Kuning | Cara Turunkan Bacaan TSB Jaundis | Masalah Demam Kuning/Jaundis. 


Assalamualaikum..


Khamis, jam 7 lebih klinik kesihatan call nak buat lawatan check ibu dan anak. Mase check nurse cakap baby ada kuning sikit dan minta pergi check kat KK. Lepas Zohor baru kami pergi, dapat result tunggu jumpa doktor, dan bacaan tinggi 282,  doktor terus refer HKL. Sebelum jam 5 petang boleh direct ke Pediatrik, tapi selepas jam 5 kena pergi emergency. Kami terus HKL kejar masa sebab tak nak melalui emergency sebab leceh dan lame menunggu. Sian baby lame menunggu. Sampai pediatrik dorang suruh pergi bangunan baru di Hospital Kanak Kanak Dan Wanita. Sampai kat situ, dapat surat doktor refer semula kat pediatrik dan warded. Maka check in la mommy dan baby di situ. Dah dekat waktu berbuka, saya suruh Lurviey balik berbuka puasa dulu dan datang kemudian bawa beg pakaian saya dan baby. Wad Pediatrik yang menempatkan baby kuning sangat selesa. Setiap bilik ada 4 katil untuk ibu dan juga baby cot, berhawa dingin dan ada toilet. Baru je discharge semalam, hari ni dah check in semula.. Mommies yang sebilik dengan saya semua jenis banyak cakap. Memang best la nak borak. Ada sorang mommy ni dah lame kat situ, sebab baby prem dan tunggu baby berat 1.9kg je nak discharge. Lame die tunggu nak dapat baby tu. 5 kali keguguran baru dapat baby tu. Mase kat wad kuning ni, saya masih belum ada susu, jadi memang fully susu formula baby saya.. Lurviey datang bawa barang jam 11 malam dan juga makanan. Sumpah lapar gile. Nurse datang check suhu baby dan juga tanya kencing berak baby. Petua nak bagi kuning cepat turun, susukan baby dengan kerap untuk bagi baby kencing dan berak dengan kerap. Jam 4 pagi doktor datang nak ambil darah. Jam 7 lebih semua baby ready untuk mandi. Mommy beratur ramai ramai nak mandikan baby. Dah siap mandi, mommy breakfast (makanan disediakan 4 kali sehari)dan kemudian relax borak borak sambil tunggu doktor datang. Alhamdulillah bacaan kuning baby dan turun dan boleh discharge.. Semua kat bilik saya boleh discharge. Semua happy dan excited nak balik relax kat rumah. Elok dah tukar baju baby semua, nurse datang cakap baby tak boleh balik lagi sebab nak ambil darah untuk TFT (tyroid). Pulak dah !! Pasrah je la duk situ satu malam lagi. 

Relax sambil melayan fon, saya rasa breast macam bengkak gile. Sakit pun ada macam mase PMS. Sebelum tu saya ada makan biskut crackers sebab mommy sebelah katil saya cakap die makan biskut tu cepat ada susu. Alhamdulillah ada susu dapat susukan baby walaupun kekok. Then mintak Lurviey belikan manual breast pump sebab tak tahan bengkak sementara nak beli electric breast pump. Dah tengok dah sebelum bersalin nak beli Real Bubbee tapi tak sempat nak order, dah bersalin awal.. Lurviey datang jam 11 lebih bawa barang yang saya pesan. Jam 1 pagi, sambil tengok drama Pia, saya pun gigih nak pump tapi hampeh sejam  pump dapat 1 sudu teh je. Sakit tangan yang dapat. Lastly terus tidur je dalam keadaan frust ! 

Bangun pagi rutin macam pagi sebelumnya, kemudian tunggu doktor datang inform bagitau blood test ok tapi kena repeat kat NICU lagi sekali TFT tu. Dah boleh discharge... Alhamdulillah.. Boleh relax kat rumah sambil stress fikir susu.. susu..susu.. susu..


1 Comment for "Warded Di Wad Pediatrik "

All the best for the bf journey..challenging but interesting..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top