Tempat Best Di Melbourne | Bercuti Di Australia | Tempat Menarik Di Australia | Travel Bersama Qatar Airlines | Review Traveloka
Assalamualaikum
Sapa teringin nak pergi Australia?
Sebut je Australia terus terbayang beruang koala yang comel dengan kangaroo
melompat sambal bawa anak dalam poket. Australia ni negara yang boleh dikatakan
agak besar dan Melbourne salah satu destinasi tarikan pelancong seluruh dunia.
Jarak Australia dan Malaysia tak de la jauh sangat, almost 9 jam. Lebih kurang
naik bas nak balik Kelantan. Entri kali
ni saya nak kongsi dengan kalian macam mana cara untuk book Qatar Airways flight
ticket online. Mesti ada yang tak tahu kan? Caranya mudah sangat tau. Baca
entri sampai habis tau, sebab sebelum saya kongsikan cara nak beli tiket macam
mana, saya kongsikan dulu tempat best nak jalan jalan di Melbourne dan aktiviti
apa yang best kalian boleh buat sepanjang di sana.
Kalau travel mestilah nak beli
buah tangan kan? Syurga shopping souvenir di Melbourne terletak di Queen
Victoria Market, Aussie gelarkan sebagai “Queen Vic” atau “Vic Market”. Tempat
tu lebih kurang macam Pasar Seni KL. Barang yang dijual pun hamper sama seperti
lukisan, barangan seni, pinggan mangkuk dan sebagainya. Yang lebih menarik
lagi,di Queen Vic ni dibahagikan kepada beberapai bahagian tertentu seperti
Fruit & Vegetables, Meat, Poultry & Seafood, Gourmet & Deli
Foods. Jadi kalian tak perlu risau if
lapar selepas shopping buah tangan sebab ada banyak kafe yang dibuka di situ.
Kalian boleh lepak selepas penat berjalan. Selain tu, jika kalian ni jenis yang
sukakan persembahan seni dan kebudayaan, kalian boleh lepak tengok persembahan
jalanan yang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu.
Tempat menarik kalian wajib pergi
jika ke Melbourne ialah Great Ocean Road atau lebih dikenali sebagai GOR. Tempat ni dikenali antara world’s most scenic coastal drive.
Sepanjang perjalanan kalian akan melalui beberapa tempat menarik terutamanya
pantai pantai yang terkenal. Antaranya adalah Bell Beach yang terkenal sebagai
tempat meluncur air (surfing). Bestnya… Selain tu, kalian juga akan melalui
Cape Otway Lightstation. Kalau kalian rajin, boleh mendaki untuk melihat
pemandangan dari rumah api ini. View sangatlah cantik. Untuk masuk ke rumah api
ni, kalian kena bayar entrance fee bernilai A$19.50 untuk dewasa dan A$7.50
untuk kanak kanak berusia 5 hingga 17 tahun. Kalau pakej keluarga (2 dewasa
& 4 kanak kanak) kalian hanya perlu bayar A$49.50 sahaja!.
Salah satu sebab
utama kenapa kalian wajib datang kat sini adalah kerana kalian boleh tengok
pemandangan The 12 Apostles ni yang sangatt spectacular, indah dan menakjubkan.
Takjub tau…Tahu tak takjub tu macam mane. Hehe.. Ok saya terangkan sikit
tentang The 12 Apostles ni bertempat di Port Campbell National Park adalah
jujukan batu kapur yang terjadi akibat hakisan air dan udara yang kuat di sini.
Batu batu ni dulu ada 12 buah je tapi sekarang tinggal 7 buah sahaja. Ada juga
yang cakap ada 9 buah je, 2 daripadanya runtuh pada tahun 2005 dan 2007.
Destinasi seterusnya adalah
Philip Island Wildlife Park. Dah sampai Australia rugi la kalau tak tengok
depan mata Kangaroo dan beruang Koala ni kan. Ada juga binatang binatang lain.
Kat sini, kangaroo ni dibarkan bebas bergerak dan jumlahnya dianggarkan melebihi
100 ekor. Jadi, jangan lepaskan kesempatan untuk bagi makanan kepada kangaroo
jinak yang boleh dibeli di kaunter semasa kalian nak masuk kat sini. Harga tak
mahal pun. Murah sangat sangat. A$0.50 sahaja untuk satu pack. Oh ye, untuk entrance
fee pula, dewasa dikanakan bayaran sebanyak A$19.00 manakala untuk kanak kanak
berumur 4 hingga 14 tahun pula sebanyak A$9.00. Ada juga pakej keluarga (2
dewasa & 3 kanak kanak) dengan harga A$50.00 sahaja ! Kalian juga diberikan
1 bag makanan kangaroo dengan setiap pembelian tiket masuk. Best kan?
Lepas tu
kalian boleh bergerak ke Churcill Island Heritage Farm. Apa yang istimewa kat situ? Yang istimewanya,
kalian boleh tengok pemandangan ala ala movie English zaman dulu/ Ada lembu,
angsa, kuda, kambing biri biri dan rumah jenis cottage dengan bunga bungaan
yang cantik dan menarik.
Rasa macam nak pergi Australia
kan? Meh sini, saya nak share macam mana kalian boleh dapatkan harga tiket
murah. Firstly, kalian pergi ke website Traveloka atau Apps sebab kat sini
kalian boleh search flight yang ada. Contohnya kalau kalian nak ke Melbourne,
atau nak cari flights to Melbourne online promo, kalian perlu pilih tarikh yang
kalian plan nak pergi. Saya cadangkan kalian pergi bukan waktu cuti sekolah
atau musim perayaan sebab kalian akan dapat the best price tau. Kemudian,
kalian klik search flight. Kalau tak de, maksudnya tiada penerbangan pada
tarikh yang kalian masukkan tadi. Jadi kalia perlu cari tarikh lain pulak. Dalam
tu juga kalian boleh buat perbandingan harga tiket penerbangan lain lain
airline. Siapa sebenarnya Qatar Airways ni? Mereka ni based di Qatar dan buat
penerbangan ke 160 destinasi atau lebih kurang 70 negara. Jadi, mana kalian nak
pergi boleh je..
0 Comment for "Tempat Best Di Melbourne | TRAVELOKA"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)