Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cara Hilangkan Masalah Lengan Menggeleber

Cara Hilangkan Masalah Lengan Menggeleber | Senaman Lengan Mudah | Arm Workout Dengan Resistance Band | Cara Dapatkan Lengan Berotot Dengan Mudah


Assalamualaikum 

Lengan kalau menggeleber huh sangat tak selesa (untuk yang concern je la). Yang suka pakai sleeveless tu lagi la buruk sangat nampak bile tangan menggeleber dan ramai yang tak confident bile nak bergaya. Ada beberapa cara yang kalian boleh lakukan untuk mengatasi masalah kumpulan lemak berlebihan kat lennga ni.

  1. Pemakanan Sihat - Ubah gaya pemakanan untuk hilangkan lengan menggeleber dengan cepat. Elakkan makanan segera seperti burger,kentang goreng, kentang dan minuman berkarbonat. 
  2. Senaman Kardio -  Diet sahaja tanpa senaman memang tak nampak hasilnya. Kena buat senaman kardio seperti jogging, berbasikal, yoga, aerobik, berenang dan senaman kardio yang lain. 
  3. Angkat Berat - Cara yang paling cepat dan berkesan untuk elakkan lengan menggeleber adalah dengan mengangkat berat.
  4. Banyakkan Minum Air - Kekerapan minum air boleh menjadikan badan sihat dan cukup hidrat. Pengambilan segelas air sebelum waktu makan boleh membuatkan kalian berasa kenyang dan cepat tanpa meningkatkan kalori pada tubuh. 
  5. Tingkatkan Metabolisme - Setiap orang mempunyai metabolisme yang berbeza. Metabolisme yang rendah menyebabkan kurangnya pembakaran kalori dan membuatkan tubuh menyimpan lebih banyak lemak. Dan jika terlalu tinggi, ia membantu tubuh menghilangkan lemak dengan lebih cepat dan sekaligus menjadikan lengan dan tubuh badan yang mantap.

Buat arm workout dengan weigh atau resistance band workout lebih cepat dan mudah membentuk lengan yang cantik. Otot lengan lebih mudah dibentuk. Tak de la macam body builder tapi untuk yang suke lengan sedikit berotot boleh buat arm workout dengan resistance band. Seriously awesome! Ni my fav arm workout.

Sekian sahaja perkongsian kali ni. Kalau ada duit banyak boleh la pergi bakar lemak dekat slimming centre. Instant lift arm tapi pun boleh gune tapi bersifat sementara. Sesuai la untuk yang pergi dinner pakai dress nak lengan nampak kecil tu.. Pilihan ada pada diri masing-masing.. 


0 Comment for "Cara Hilangkan Masalah Lengan Menggeleber "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top