Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Mudah Kuih Keria Antarabangsa (Sira Gula Melaka)

  Resepi Mudah Kuih Keria Antarabangsa (Sira Gula Melaka) | Resepi Mudah Kuih Keria Gula Melaka | Resepi Keria Antarabangsa | Cara Buat Kuih Keria Antarabangsa | Kuih Muih Tradisional Mudah


Assalamualaikum 

Penangan viral yang tak famous jadi famous, yang biasa jadi luar biasa. Itulah kehebatan dunia viral masakini. Fuhhh..Bile cuti balik kampung time ni la kesempatan nak pegang senduk, sudip, kuali periuk untuk masak dan test resepi yang ada dalam list. Semalam cakap dengan mama pasal kuih keria antarabangsa. Saya tanya tak manis ke bergula macam tu sebab saya tak  berapa suke kuih yang nampak gula macam kuih donut tu. Mama cakap tak manis pun, dan sedap. Jadi hari ni buat kuih keria our own version la kan. Ya Allah sedapnya. Makan panas-panas lembut dan tak manis. Gula melaka tu mama beli dengan orang kat sini yang buat sendiri jadi tak de la rasa manis macam gula melaka tu.
Bahan-Bahan
  • Ubi keledek 1 kilo lebih (rebus + air dan sedikit garam) 
  • Tepung gandum dua cawan
  • Gula melaka 1 setengah (made in kelate)
  • Gula biasa 1 sudu
  • Sedikit air
Cara-caranya
  1. Rebuskan ubi dan letak sedikit garam sehingga empuk dan toskan (tunggu hingga sejuk)
  2. Tumbuk ubi hingga lumat
  3. Campurkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  4. Bentukkan keria, goreng dan ketepikan
  5. Kemudian panaskan gula melaka hingga cair, campur sedikit gula dan air. Bila gula semua dah hancur, masukkan keria yang siap digoreng tadi. Gaul rata dan kemudian sejukkan. Dah siap! 
Berjaya saya menguli hari ni. Tak berapa suke sangat bab kena uli menguli ni. Suka lagi buat kek tak payah nak uli. Tapi kena la belajar menguli sebab nak makan. Resepi cekmek pun lebih kurang ni je. Sekian sahaja perkongsian kali ni. Senang nak rujuk resepi sebab tu kena letak dalam blog ni. Yang pasti resepi ni tersangat mudah.



Video step by step saya akan upload bile balik kat KL nanti sebab tak de software untuk edit video dalam laptop ni. Video editor dalam PC. 

Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Mudah Kuih Keria Antarabangsa (Sira Gula Melaka) "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top