Lesen Hilang.. Apa Perlu Buat
Assalamualaikum
Lesen hilang memang susah la nak bergerak dan lagi sadis kalau kau terpaksa hadap roadblock. Atas budi bicara abang polis la kan. Tapi dah terang terang kau salah memandu tanpa lesen memang dapat kertas saman la jawabnya.. Jadi cepat cepatlah la pergi buat lesen.
Kena report polis ke? Tak perlu pun. Terus pergi JPJ je. Bayar kat situ.. Sepanjang PKPB ni keadaan seperti biasa tapi kena amalkan SOP. Kekalkan jarak 1 meter. Jadi memang panjang la beraturnya. Oh ye, bukan lesen aku yang hilang tapi Lurviey. Aku tak rase lesen tu hilang dan aku rase lesen tu jatuh kat bahagian terselit dalam kereta (memang tak boleh di ambil dengan jari or tangan melainkan kena bukak seketul part tersebut). Macam macam cerita aku dengar Lurviey bagitau tadi.
- Pak Cik Tua datang nak settlekan apa ntah tapi tak boleh bayar cash. Kena guna kad kredit or debit. Nak guna cash kena datang pagi katanya. Alahai. Kau tahu tak kesian orang tua tu datang ntah kat mana rumahnya, usaha datang nak selesaikan masalah berkaitan tiba tiba tak boleh settle sebab tak boleh bayar cash. Gile ke apa? Dah jadi satu hal pulak pak cik tu kena datang esok pagi. Bayangkan pakcik tua tu mak bapak kau?! Ada akal? Sistem yang manusia buat ni boleh je ubah untuk kelancaran gerak kerja.
- Turn laki aku pulak yang kena.. Dah siap ambil lesen tetiba muka orang lain pulak. Nama dah betul tapi muka orang lain. Lepas tu pegawai berkenaan nak hangin.. Sendiri yang salah, sendiri yang tak nak confirmkan terlebih dahulu. Kemudian sendiri yang meroyan. Biasalah perempuan kan.. Aku pun perempuan jugak. Kadang meroyan tak tentu pasal jugak tapi tak de bawak perangai tu depan customer aku pun. Kau dah kenapa? Patutlah lame kat dalam tu. Aku tengok orang lain yang datang selepas Lurviey dah siap. Dua tiga orang tau.. Total kena bayar buat lesen baru RM50 (lesen hilang)
Syukur tau kau masih ada kerja. TETAP lagi. BERGAJI lagi.. TERJAMIN lagi... Sedangkan ramai kat luar sana sedang struggle hidup. Struggle fikir komitmen bulanan yang nak kena settlekan. Perut perut kat rumah yang nak diisi.. Terlalu ramai yang terkesan dengan pandemik ni.. Ramai aku tengok yang cuba nasib untuk meniaga tapi bukan semua orang boleh meniaga.. Hari ni meniaga sorang dua je customer, esok meniaga pun same, lusa dah give up sebab tak de orang nak membeli. Kau ingat senang? Modal habis, untung tak de.
0 Comment for "Lesen Hilang.. Apa Perlu Buat?"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)