Assalamualaikum..
Aksi Prank Tidak Sesuai Dengan Budaya Masyarakat Malaysia : Aku memang tak suka aksi aksi prank ni. Tengok Wakenabeb tu je la. Nampak ok la gelak gelak macam lawak sebab dapat kenakan orang tapi cuba kalau kena kat diri sendiri. Kau melenting tak? Ala gurau gurau je. Ada batasan gurauan tu. Gurauan tanpa rakaman ok la sikit berbanding yang dirakam kemudian dipertontonkan pada khalayak ramai demi view dan rating yang tinggi.
Di sebabkan aksi prank juga la seorang Youtuber, Timothy Wilks di Tennessee mati di tembak.(baca disini) Tak pasal mati katak sebab content fake robbery macam tu ! Stop la buat content macam prank macam ni Tak perlu nak jadi prankster. Lagi satu pasal video gold digger, kau Malaysian pun sibuk nak buat juga, kemudian malukan dia pula. Kat Malaysia ni ada orang boleh relax chillex, marah dua tiga hari lepas tu lupakan. Ada yang jenis pendendam siap la kau. Tak guna cara kasar, cara halus pun boleh. Yang penting puas hati. Nampak macam remeh tapi sebenarnya tak pun.
Korang boleh tengok movie Tamil Aadai. Kisah Kamini yang suka kenakan orang dengan rakan dorang untuk program tv dorang. Satu hari selepas party dan mabuk dengan kawan kawan dia, next day dia sedar dia berada kat bangunan kosong dalam keadaan berbogel seorang diri. Kawan kawan dia semua tak de. Siapa yang bogelkan Kamini dan tinggalkan dia keseorang kat bangunan tu tanpa ada apa apa yang boleh cover body dia tu? Korang tengok lah !
Kesimpulannya aku memang tak suka prank ni dan aku pun tak suka prank orang. If happen to me, aku tak tahu la apa yang aku akan buat. Kalau korang kena prank apa korang buat or pernah korang prank orang ke?
6 Comment for "Aksi Prank Tidak Sesuai Dengan Budaya Malaysia "
memang tak suka prank...tak kelakar...kesian ada lah
kurang manis budaya prank ni sebenarnynya.. mmg tak kena dgn budaya kita
Pernah tengok movie Aadai tu. Tapi separuh je terus tertido. Tak silap sampai scene dia jumpa hp dan call order makanan Dan dia nak orang yang cod tu perempuan. Menarik jugak cerita tu. Tapi serious, budaya prank memang Tak baik.
movie tu mcm best ja, ok gonna put it in the list.
then hmm klu prank biasa2 ja tak pa la.. klu yg memudaratkan.. hmm jgn la
Kadang prank ni orang ingat sekadar gurauan je. Tapi, kalau dah sampai memalukan atau memudaratkan ni, baik jangan.
Saya pun tak gemar aksi prank. Dibuatnya yang kena prank tu berpenyakit jantung... haaa naya jadinya nanti.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)