Assalamualaikum..
Cara Mayat Di Awetkan Sebelum Proses Bawa Pulang Ke Tanahair | Korang pernah terfikir tak cara orang awet mayat? Tertarik aku dengan perkongsian daripada Tweet Islamik tentang bagaimana cara mayat diawetkan sebelum dibawa pulang ke tanahair. Apabila meninggal di luar negara, most of jenazah/mayat akan dituntut oleh keluarga untuk bawa pulang dikebumikan di tempat asalnya. Proses untuk bawa pulang jenazah bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi tetapi jenazah terpaksa melalui proses 'embalming' (pengawetan)
Proses pengawetan memerlukan darah dalam badan perlu dibuang sehabisnya dan kemudian dimasukkan cecair 'formalin' sebanyak 12 liter. Seterusnya perut jenazah akan ditebuk dan satu besi panjang lebih kurang 1 meter yang dipanggil 'trocar' akan dimasukkan dengan tujuan untuk menghancurkan organ dalaman manusia seperti hati, usus, limpa, jantung dan lain lain dengan tujuan untuk membuang darah dan semuanya akan disedut keluar.
Tujuan proses ini adalah untuk mengelakkan mayat cepat reput dan membusuk. Walaupun luaran nampak sempurna tetapi dalamannya telah hancur sehancur hancurnya !
Seram dan seksa dengarkan? Kasihan kat mayat tu. Kalau dia boleh cakap mesti dia tak nak diperlakukan macam tu. Biarlah dikebumikan di mana tempat dia mati tu. Tapi ada ahli keluarga yang nak juga bawa pulang untuk tatapan kali terakhir namun tak mudah sebab kos untuk bawa balik sangatlah mahal unless golongan kayangan la. Tersepit kan? Fikir fikirkan..
Sumber Tweet Islamik
5 Comment for "Cara Mayat Di Awetkan Sebelum Proses Bawa Pulang Ke Tanahair"
aduhh... saya harap saya akan jadi orang yang memudahkan urusan orang lain
Selama ni ingat just docter akan cucuk ubat pengawet je . Hari tu ada terbaca kt fb rupanya banyak jugak proses yang kena lalui . Darah² terpaksa dihisap keluar, organ dalam badan pun terpaksa direputkan . Baru boleh awet . Taknak mayat busuk . Tapi kos dia tinggi kan
allahu kesiannya mayat tu
thank you sharing
Allah.. sebab tu digalakkan untuk tanam je di mana meninggalnya kan.. Tak delah terseksa mayat tu..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)