Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pak Wan Mini Cakoi Area Taman Setapak Indah

 Assalamualaikum .. 

Pak Wan Mini Cakoi Area Taman Setapak Indah | Lama sungguh tak makan cakoi. Tadi lalu kat area Taman Setapak Indah nampak gerai Pak Wan buka, terus singgah dan beli mini cakoi. 

Sumber: Facebook

Cakoi ni kalau makan panas panas memang sedap. Dorang punya tagline "Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam" . Memang betul tau kat luar rangup bila kau makan gebu je kat dalam. Sedap ! Harga pun murah RM1 dapat 7 biji. Rasa sekali pasti nak lagi. Aku masa mula beli dan rasa hari tu memang keesokannya datang beli lagi.

Cakoi ni kalau makan sambil buat tengok tv memang sekejap je habis. Aku baru tahu cakoi ni ada kuah pencicah. Lurviey yang bagitau. Aku ingat dulu masa kecil kerap juga mama buat. Mama panggil cakoi ni kayu keramat. Korang panggil apa?



Tag : food
8 Comment for "Pak Wan Mini Cakoi Area Taman Setapak Indah"

Cakoi sedap diamakn panas2 . Selalu cicah dgn susu @ coklat syrup

SUKA JUGAK MAKAN CAKOI..CUMA X LEH MAKAN BANYAK SEBAB AKAK MEMAMNG ALAH PADA MAKANAN YANG ADA IBU ROTI

Sedap cakoi dengan pencicah. Kalau di tempat Fiza di Sarawak pencicah dia sos kacang. Hehe...

Lama jugak tak makan cakoi. Comel comel cakoinya. senang nak makan macam ni.

comel bentuknya.. mkn panas2 memang sedap

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top