Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pengalaman Dan Kesan Cucuk Depo Perancang Keluarga

 Pengalaman Dan Kesan Cucuk Depo Perancang Keluarga | Kesan Cucuk Depo

Assalamualaikum


Pengalaman Dan Kesan Cucuk Depo Perancang Keluarga | Ya hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku cucuk depo ni dan apa kesannya ke atas diri aku. Selepas lahirkan Naura dan sebelum discharge doktor ada tanya apa plan untuk perancang keluarga dan kenapa pentingnya perancang keluarga ni. Di sebabkan aku ceaser, doktor bagitau at least after 2 year boleh rancang untuk pregnant lagi.  Tapi ramai je aku tengok kat group yang ceaser, baby baru 5 bulan dan pregnant lagi. Laju betul dorang ni ! Tetiba pulak aku teringat arwah kawan aku meninggal sebab rahim pecah dan dua dua meninggal. Korang sedekahkan Al-Fatihah untuk kawan aku tu. Al-Fatihah... 

Jenis jenis perancang keluarga 

  1. Pil Hormon - Pil hormon ni memang nurse aku tak suggest method ni sebab kata dia kalau nak makan pil hormon ni kena disiplin dan on time. Tak boleh skip. Pil hormon ni ada banyak jenis bukan semua jenis sesuai dengan individu tu pula.
  2. Suntikan Hormon - Kaedah ni paling mudah bagi aku. Setiap 3 bulan kena pergi KK untuk suntik. Tak boleh lewat juga yang ni but much better daripada pil hormon. Cuma tak semua orang sesuai dengan suntikan hormon ni tau.
  3. Alat Dalam Rahim - Yang ni memang tak berani la aku. Seriau pula baca pengalaman orang lain yang merancang guna kaedah ni. Seriau sebab dorang cerita, alat ni boleh tanggal. Boleh pula gitu ye?
  4. Implanon - Pada mulanya aku nak guna kaedah ni sebab kaedah ni paling mudah hanya tanam satu alat kat lengan untuk jangka masa 3 tahun tak silap aku. Hanya bayar RM500 kot tak ingat dah kat klinik LPPKN.
  5. Rancang Sendiri - Yang ni faham faham sendiri la nak rancang sendiri macam mana. Kalau memang benar nak merancang kena make sure la jangan sampai terbabas. 

Entri kali ni aku nak kongsi pengalaman aku dan apa jadi kat aku selepas cucuk depo. Masa mula mula cucuk depo ni aku tak de apa apa kesan pun aku rasa. Semuanya ok. Cuma period je tak de dan memang normal kalau tak de period sepanjang kau cucuk depo ni. Selepas cucuk yang keempat aku perasan muka aku breakout kat bahagian dagu. Normally kalau dagu relates dengan hormon. Sampai hari ni saat aku taip entri ni pun jerawat bahagian dagu on off tau. Kedua, berat badan setiap kali datang cucuk mesti naik sekilo dua kilo tau. Alahai sangat tak selesa dengan diri aku sekarang ni. Masa jumpa doktor, dia inform dalam 2 kali cucuk then dah boleh plan untuk new baby katanya. Sebab nak bagi hormon betul balik memang ambil masa. 1st time aku datang period masa sekolah dulu sampai aku pregnant, aku tak pernah ada masalah, tak pernah lewat, senggugut pun less than 10 kali. Lepas bersalin period ada datang tapi macam spot gitu je la. Doktor cakap normal. Ada orang period non stop pula sampai 2 minggu. 

Kelmarin cucuk depo, effect dia sakit pinggang pula hari ni. Sakit daripada semalam lagi tak hilang ni. Tapi, Alhamdulillah masih boleh buat kerja. Cuma tak selesa la sebab kau duduk lama sakit, kau baring pun tak rasa lega. Setiap kali cucuk depo mesti dua tiga hari baru hilang rasa sakit kat tempat cucuk tu. Tu la je la kesan bagi aku. Benda yang tak best adalah jerawat kat dagu dan berat badan naik. Asyik lapar je lagi lagi PKP ni lagi la kerjanya asyik nak makan je.



Tag : nanieydom
1 Comment for "Pengalaman Dan Kesan Cucuk Depo Perancang Keluarga"

Kalau ambill suntikan ini ada side effect tak ? macam in future kita mungkin memang takkkan period forever?

Apa - apa pun nice sharing! Perancangan amat penting sebenarnya dalam institusi kekeluargaan. anak adalah rezeki tetapi kita kena tengok juga kita ni mampu atau tak nak beri yang terbaik buat anak.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top