Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Pertama Kali Jejak Kaki Ke Muzium Negara


Assalamualaikum 

Disclaimer : Entri ni sebelum PKPB/PKP2 dilaksanakan dan sebelum pemakaian topeng muka diwajibkan 

Jalan Jalan Di Muzium Negara | PKP bersambung lagi weh.. Nak nangis aku tapi tu la kes pun masih banyak. Rindunya nak jalan jalan. Rindunya nak bebas berjalan seperti sebelum ni. Kesian kat Naura terperuk je kat rumah. Dah la duk rumah langit. Memang terperuk je la. Nasib baik ada balkoni boleh juga bernafas tengok kat luar.

Tahun lepas, selepas PKP 1.0 kami jalan jalan kat Muzium Negara. Perancangan awal nak ke Taman Burung KL tapi disebabkan matahari dah makin tinggi terus cancel dan decide pergi ke Muzium Negara. Ini adalah kali pertama aku jejak kaki kat Muzium Negara . Kalau masa sekolah dulu ada lawatan ke KL memang mama tak bagi ikut. Sebagai anak yang baik, aku ok je. Lol..

Sampai je Muzium, memang ramai orang. Tapi ada beberapa kawasan dalam tu ditutup untuk penambahbaikan.

Hakikatnya... Kena pakai mask dan terlalu ramai orang tengah que. Jadi terus cancel nak masuk. Pusing pusing sekitar kawasan Muzium Negara then terus gerak rumah mama. Hehe.. 




0 Comment for "Pertama Kali Jejak Kaki Ke Muzium Negara "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top