Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Rimmel London Eye & Body Liner

 Assalamualaikum 

Review Rimmel London Eye & Body Liner | Kalau dulu eyeliner ni memang wajib aku pakai bila nak keluar tapi sekarang ni keluar muka togel je (moisturizer  + sunscren) sebab memang tak sempat nak pakai pun. Lagipun hidup aku sekarang, keluar pun pergi Segi Fresh je beli lauk pauk. Pakai mask pula tu. Memang tak make up la. Barang make up aku banyak nak kena buang sebab dah 2 tahun aku tak pakai dan tak berani la nak pakai walaupun macam elok je lagi. 

Lama tak pakai eyeliner, jadi hari ni keluar nak pakai eyeliner la. Nasib baik boleh buat wing lagi. Ingat tangan dah keras dah. Hehe. 

So far, aku pakai dan beli eyeliner jenis liquid sahaja. Jenis gel or pensil tu memang tak ok untuk aku sebab jadi comot comot kat bahagian mata aku. Jenis pencil or gel aku apply kat eye waterline sahaja.

My Review 

  1. Harga mampu milik. Aku dah lupa berapa harga aku beli. 
  2. Warna hitam pekat. Sesuai sangat untuk sesiapa yang suka hitam pekat.
  3. Applicator brush dia halus je, senang nak apply dan buat eye wing. Sebelum guna kena shake dulu. Tapi aku still prefer berus In2It Eyeliner. 
  4. Korang tak perlu risau or takut comot sebab bila apply eyeliner ni cepat kering. Smudge-proof, flake-proof, run-proof, Ok!
  5. Nak remove pun mudah je. Korang guna je make up remover. Kalau cuci air macam pun boleh hilang tapi aku rasa macam kurang bersih.

Repurchase? Yes ! 

Entry berkaitan dengan Eye Liner

5 Comment for "Review Rimmel London Eye & Body Liner "

Cantiknya eyeliner Naniey. Serious. Cantik je terbentuk.

cantik naniey :)
shida xreti pakai sgt ^_^

Jenis liquid ye.. menarik hasilnya bila dah diguna..

i once obsess with this brand tapi mengecewakan me :( the lipstick

Terbentuk cantik winged liner Naniey :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top