Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sarapan Untuk Pesakit Gerd Buat Bubur Seperti Di Hospital

 Assalamualaikum 

Sarapan Untuk Pesakit Gerd Bubur Seperti Di Hospital | Pening kepala aku nak buat breakfast apa sebab Lurviey ada Gerd dan banyak benda tak boleh makan. So, korang yang ada gastrik tu jagalah pemakanan korang sebelum jadi gerd. Teringat masa warded kat hospital sebab keracunan makanan, setiap hari breakfast bubur kosong dengan lauk dan waktu sarapan dorang buat bubur mixed vege ni. Kalau dah kena gerd ni, nak ok balik memang ambil masa dan kena pantang betul betul. Tak boleh makan makanan pedas, bertepung, yang ada gluten, yang berasid semua tu. Banyak la kena pantang !

Resepi Bubur Ayam Mixed Vege 

  • Beras yang direndam sekejap (senang jadi hancur dan mudah masak)
  • Isi Ayam 
  • Mixed Vege (Carrot & Jagung sahaja)
  • Stok ayam
  • Bawang Putih hiris
  • Halia Hiris
  • Rempah 4 Sekawan
  • Sedikit minyak
  • Air  

Cara caranya

  1. Tumis rempah 4 sekawan, halia dan bawang putih. 
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan kacau. 
  3. Masukkan air dan beras hingga masak
  4. Masukkan chicken stock dan mixed vege 
  5. Siap !  (Nak cair tambah air, nak pekat biar kering sikit macam kanji)

Untuk korang yang  ada gerd tak tahu nak makan apa masa breakfast boleh buat bubur, telur rebus, sup dan yang paling jangan skip breakfast. 

Jap lagi aku jalan jalan kat blog korang ye. Nak masak untuk lunch dulu. Hari ni dah relax sikit dah sebab esok cuti jadi order hari ni carry forward next week. Korang lunch apa? 

P/S: Nanti aku ada masa aku sharing pasal keracunan makanan tu. Bahaya sampai bacaan jantung boleh lari tau. Lurviey sampai kena buat angiogram gara gara keracunan makanan. Alhamdulillah tak de sakit jantung pun. Tak pepasal pula sebab keracunan makanan tu.

Tag : resepi
3 Comment for "Sarapan Untuk Pesakit Gerd Buat Bubur Seperti Di Hospital"

Ema ada GERD.

Tapi, tengok bubur tu teringat bubur McD yang selalu makan sebab sakit telan makanan pepejal. Last-last, masuk emergency room jugak sebab dehydrated, mampu makan 2 sudu bubur sehari and semput.

Sekarang on medicine, makan ubat bila perlu sahaja.

Bubur! Fiza suka makan bubur lagi² dengan bilis goreng. Fuh!berselera dibuatnya.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top