Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah

 Assalamualaikum 

Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah | Ye hari ke balai polis untuk dapatkan cop kebenaran untuk rentas daerah sebab surat yang sebelum ni dah tak boleh guna disebabkan ada tarikh PKP yang sepatutnya habis 4 Feb hari tu tapi kini disambung lagi. Di sebabkan ada penghantaran ke luar daerah esok, kena pergi dapatkan surat kebenaran. Elok sampai balai nak dapatkan cop tak boleh nak cop pula sebab kena ada salinan kad pengenalan dan wajib buat dua salinan. Pulak? Sebelum ni tak de minta kad pengenalan pun tapi kali ni wajib ada kad pengenalan termasuk pekerja. Dah satu hal pula nak contact dorang untuk bagi kad pengenalan sebab nak mohon kebenaran rentas daerah ni. 

Hari ni aku tak masak sebab aku tahu banyak kerja kat luar nak kena settlekan. Yang paling penting surat kebenaran tu la. Di sebabkan aku tak masak, kena beli makan luar lah dan nasi fave aku adalah Nasi Kak Mung. Mudah nak makan, sedap, murah dan pastinya kenyang. Alhamdulillah. Dah settle makan nak dapatkan cop tapi que panjang sangat kat balai. Lurviey cakap esok pagi je la dia pergi sekali dengan runner kami. 

Kemudian Lurviey pergi cari hamper CNY nak bagi kat supplier kami yang tersangatlah baik dan memang tak banyak songeh. Rasanya dah almost 7 tahun dah kenal dia, daripada dia duk Penang sampai lah dia pindah kat KL. Daripada tak pernah jumpa sampai dah jumpa bersua muka. Sementara tunggu Lurviey masuk mall cari hamper, aku dan Naura makan ais krim dulu. Cuaca tersangatlah panas sekarang. Korang luar KL/Selangor cuaca macam mana? Dua tiga hari ni aku rasa panas terik sangat. 

Dapat hamper terus gerak ke tempat supplier bagi dia. Settle terus ajak Lurviey pergi Segi Fresh sebab lauk dah nak habis. Standby siap lauk pauk nak masak sebab aku malas nak keluar dah satu dua hari ni. Mungkin keluar pun hari Sabtu kot pergi rumah MIL. Azab weh nak keluar sebab lif blok aku duduk now rosak dua. Ada satu je boleh pakai dan aku tak larat nak menapak guna lif blok lain. Semalam semput aku naik tangga sampai tingkat sembilan sambil dukung Naura yang berat 10kg. Azab weh. Nampak sangat aku tak fit ! Mana pergi Naniey yang suka workout dulu eh? Dah kena telan ke? Adios


3 Comment for "Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah "

Kali ini lebih ketat prosuder rentas daerah/negeri ye..
Sedapnya aiskrim tu..

stay rumah bertingkat kalau lif rosak, aduhhhhhh letih nak menapak naik

Waktu sis jm mohon dulu mmg kena 2 saliann ic 2 salinan surat semua serba copy

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top