Assalamualaikum..
Baju Melayu Murah Di Nagoya Textiles | Ada yang dah buat persiapan raya ke? Aku memang tak buat apa apa persiapan pun raya pun lagi. Lagipun tahun ni raya di KL #teamrayakl dan baju aku memang beli yang dah siap je. Tak silap aku dah lima enam tahun dah aku beli baju siap kat kedai sebab mama dah tak jahit baju aku. Dari kecil sampai besar memang mama yang selalu jahitkan. Sekarang mama pun dah pencen jahit baju anak anak. Hehe.. Adik aku yang bongsu pula yang guna mesin jahit mama tu jahit baju sendiri. Tangan aku memang keras walaupun ada hati nak jahit baju sendiri. Lol.
Ahad lepas Lurviey ajak pergi Nagoya Textiles Aeon Big Wangsa Maju sebab nak cari baju melayu ikut tema nikah adik lelaki aku nanti. Baju aku dan Naura memang dah settle awal lagi. Ramai betul orang kat Nagoya Textiles dan rata rata perbualan yang aku dengar memang tengah cari baju raya.
Walaupun baju melayu murah tapi kain baju melayu sangat cantik dan selesa. Ada macam macam jenis baju melayu. Ada yang teluk belanga, ada yang ada pesak dan tak de pesak, ada kurta juga. Baju budak pun ada tapi tak banyak pilihan macam baju lelaki dewasa. Baju melayu yang slim fit pun ada, baju sahaja pun ada jual in case tak nak pakai sepasang tapi nak pakai dengan seluar slack. Harga dari RM39.90 hingga RM69.90. Murah dah ni aku rasa sebab selalu aku tengok baju melayu almost seratus juga harganya. Kualiti kain pun memang cantik.
7 Comment for "Baju Melayu Murah Di Nagoya Textiles Wangsa Maju "
Saya pun biasanya beli je terus. Senang hehehehe.
Tapi murah dah tu harga baju melayu macam tu. Biasa ada cecah 100 lebihhhh.
kak ret last minit cr baju raya..
klu xde, pakai je thn lepas punya. itu pun kalau still muat lagi hahaha...
budak2, omak eh awal2 lagi dah g tempah baju raya...
tapi ni kalau da yg murah2 bole g usha2 gak ni
alamak..baju raya abah x beli lagi la...kena cari ni
Murah tu. Zaman sekarang bukan senang nak cari baju RTW murah. Kain kain Nagoya kualiti dia okay je. Biasa cari kain kat Nagoya. Cuma sekarang je rajin cari online :)
hehe mintak adik bongsu jahit kan, pujuk2 dia hehe
dari dulu mama suka shopping kat nagoya
Dh jarang nk ke nagoya. Baju melayu tahun ni cari di gene martino saja
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)