Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

First Time Makan Di The Chicken Rice Shop

 Assalamualaikum 

First Time Makan Di The Chicken Rice Shop | Macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Aku tak pernah makan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) dan tak pernah terasa nak masuk. Last week Lurviey ajak makan kat TCRS ni tapi Naura pula meragam. So bila anak dah meragam, makan pun sekadar telan je la masuk perut. Tak sempat nak menikmati. 

Jumaat hari tu, Lurviey ajak repeat lagi sekali makan di TCRS sebab tak puas hati makan last week. Aku plan nak makan curry laksa tapi order nasi juga sebab fikirkan Naura. Nak order Kids Meal memang confirm la tak makan. Jadi aku order nasi juga senang nak suap Naura makan. Lagipun Nasi Ayam memang fave dia. 

Tak nampak pula nasi. Portion nasi tu memang cukup mengenyangkan. Satu set ni lengkap semuanya, ada karbo, protein, fiber etc...
 

Sayur ada 2 pilihan iaitu Pak Choy with Oyster Sauce atau Ipoh Bean Sprouts. Kami pilih Pak Choy. Tapi kat TCRS Aeon Alpha Angle ni rasa oyster sauce dia tu manis sangat tak sama macam kami makan di TCRS Aeon Setiawangsa rasanya sedap.


Sambal nasi ayam dia memang aku suka sangat. Sedap !  Pedas secukup rasa. 


Untuk ayam pula ada 3 pilihan, steamed, roast, or soy sause . Lurviey pilih roast dan aku pilih steamed. 


Pilihan aku semestinya bahagian thigh. Kalau sebut steam ni rasa memang plain la rasanya. Sebab tu ada kuah macam sup kicap cair manis tu.


Ni pula braised tofu dan braised egg. Makan tofu tu je pun dah kenyang sangat dah. Overall, 1 Set Healthy Meal The Chicken Rice Shop ni memang mengenyangkan. Harga RM19.80 satu set. Alhamdulillah. 

No wonder lah The Chicken Rice Shop ni selalu penuh orang. Tak kira hari gaji ke, hari tak gaji ke sentiasa penuh orang. InshaAllah nanti nak try Curry Laksa pula. Kalau nak datang makan kat sini, perut kena kosong. Kalau perut tengah berisi memang susah nak habiskan 1 set meal ni.


 


7 Comment for "First Time Makan Di The Chicken Rice Shop "

TCRS tu memang sedap! Biasa ambik yang set RM18.45 per set tu then tambah nasi satu pinggan. Berbaloi!

kita pun jarang order nasi dia..
slalu makan mi je hehe..

seumur hidup pernah makan skali ja, then rasa mcm ok ta nak repeat dah.. tak kena dgn tekak

Fav akak and lebih suka steam chicken..

mama pun lama tak mkn kat sini.. mama suka pai tie dia

lama jugak tak makan sebab selalunya mesti laki bini tak habis makan sebab portion byk. haha

Sedap hidangan dipilih tu. Saya suka honey bbq chicken noodles with soup, pai tee dengan three layer tea. Sedap :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top