Assalamualaikum..
Hello #madnessmonday .Penat sungguh semalam dari pagi sampai malam. Pagi teman Lurviey appointment kat HKL sambil menunggu settle appointment, aku settlekan kerja by phone. Mencabar betul dengan Naura yang makin melasak memang betul mencabar kesabaran seorang Nurul Ainani yang sememangnya bukan seorang yang penyabar. Nasib baik semalam Naura behave. So, mommy upah ice cream ! Kalau lalu kat Speedmart mula la dia buat sound slurppp ice cream.
Petang semalam dapat tahu 5 Mac ni dah PKPB dah. Alhamdulillah. Dah boleh rentas daerah tapi masih belum boleh rentas negeri. Aku rindu sangat kat mama papa kat kampung. Dapat balik ke tak hujung bulan ni pun tak pasti. Aku tak nampak sinar terang menuju jalan pulang ni. Aku baca kelonggaran untuk rentas sempadan daerah atau negeri akan
dipertimbangkan jika 80 peratus rakyat dah dapat suntikan vaksin. Kalau tak dapat balik, tak dapat la tengok adik lelaki aku nikah. Satu satunya adik lelaki dan yang terakhir nikah. Follow the flow je la ye..
4 Comment for "Madness Monday Yang Betul Betul Memenatkan "
Yeay naura behave , semoga dpt pulang ke kampung :)
Follow the flow. Betul :)
best la dia dpt makan ice cream klu behave well :)
80% MACAM JAUH LAGI JE. TAKPE LAH BERSABAR DULU TIBA NANTI MASANYA
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)