Assalamualaikum..
Restoran Arab Afghan Hadramawt M3 Mall Kuala Lumpur | Hari ni lunch di Afghan Hadramawt memandangkan sudah lama nak merasa makanan di sini. Kedatangan kami di sambut baik oleh pekerja disini. Sangat 'welcoming'. Service tip top !
Kredit : Facebook Afghan Hadramawt |
Decoration restoran ni pun minimalist dan sebelum restoran ni dibuka, kat sini Kedai Ayam Penyet tau. Sempat juga Lurviey merasa Ayam Penyet kat sini. Kalau tak silap aku, decoration yang ada ni adalah decoration kedai Ayam Penyet sebelum ni. Hanya ada beberapa penambahbaikan seperti frame yang digantung di dinding dan lampu yang menampakkan lagi seni arabic gitu.
Masa aku datang ni pun, orang tak ramai sebab dah jam 3 petang. Jadi memang selesa sangat nak makan sebab Naura memang bila masuk restoran je mula la nak meragam. Ambil masa untuk dia ok. Jadi tak de la menganggu orang lain nak menikmati makanan. Kerusi baby pun ada jadi tak perlu risau kalau korang yang ada toddler nak makan kat sini. Selesa !
Kalau datang restoran Arab memang aku cari nasi Chicken Mandy or Chicken Kabsa. Jarang sangat aku order Lamb. Mungkin next time nak try lamb pula.
Chicken Mandy untuk 2 orang makan. RM20 memang murah sangat. Nasi pun banyak. Kenyang ! Salsa pun sedap. Tapi tak de sup macam restoran arab lain yang aku makan. Kat sini ada dalca. Tak sempat nak tanya kenapa tiada sup. Mungkin dah habis kot.
Satu pinggan besar ni memang kenyang. Kalau makan berdua lebih baik order macam ni daripada order pinggan asing asing. Salad pun segar.
Setengah ekor ayam di bahagi dua. Suku Lurviey dan suku aku. Aku ambil bahagian thigh drumstick dan Lurviey ambil bahagian dada.
Dalca melayu kata Lurviey. Aku memang tak sentuh pun jadi tak tahu apa rasanya. Lurviey makan habis yang ni.
Air aku order Ice Lemon Tea. Lurviey tak minum tea disebabkan gerd jadi aku minum ni je la. Order 1 gelas ni pun tak habis sebab jarang minum air selepas makan. After 1 hour macam tu baru minum. Harga Ice Lemon Tea ni RM2.
Alhamdulillah kenyang dan next time memang akan datang sini lagi sebab memang puas hati servis, makanan, dan juga harga. Superb !
8 Comment for "Restoran Arab Afghan Hadramawt M3 Mall Kuala Lumpur"
MY suka lamb... tapi lepas tu kalau check tekanan darah memang melambungla...
waa its arabic food, not fancy it but i like the nasi mandy :)
Akak suka nasi Mandy tp makan ngan lauk kambing..hehehe..nanti nak try ayam plak la..
Menyelerakan :)
Murahnya..kpe dekat tempat shida mahal huhuu
sini jenis talam2 rasanya..adik shida yg pernah try mkn..
bila mahal xberani nk msk try hahaa ^_^
ok terliur.. klau cida mau order lamb.
Sedapnyaaa nasi arab..hargapun boleh tahan murah kan :)
Banyak portion tu. memang kena share lah macam tu :
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)