Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Sambal Sengat Sambal Hitam Pahang

 Assalamualaikum 

Sambal Sengat Sambal Hitam Pahang | Siapa kat sini penggemar sambal hitam, kita memang geng ! Sambal Sengat ni memang saya suka sangat masa duk hostel Pandu Puteri sebelum kahwin. Setiap dua minggu mesti beli. Memang sedap sangat. Selalu aku beli makan dengan nasi putih, atau ratah begitu je. Kadang kadang kalau buat mushroom soup instant tu pun aku masukkan sambal sengat ni. Memang sedap sangat. 

Gambar lama. Makan dengan Ikan Talapia Goreng

Dah lama aku teringin nak makan sambal sengat ni tapi kat area Batu Caves ni tak de pula agen yang jual. Nak beli kat shopee rugi sikit sebab kena tambah kos pos. Hehe. Jadi semalam aku ajak Lurviey pergi Restoran Amjal semata mata nak beli sambal sengat ni. Tapi kecewanya bila sampai kat situ, sambal tu tak de dan dah lama orang tak hantar kat situ. Yang ada Sambal Garing Che Nor je. Jawabnya kena beli kat shopee la. Aku tengok review customer, penghantaran dan pembungkusan ok. Aku risau sebab sambal sengat ni dalam botol kaca. Takut pecah, rugi pula. Review ok boleh order la nanti kat shopee tapi kena order lebih dari satu la baru berbaloi bayar kos pos. Betul tak ? So far, ni the best sambal hitam yang aku pernah try. Korang suka Sambal hitam brand apa?

Tag : food
4 Comment for "Sambal Sengat Sambal Hitam Pahang "

Tak pernah try sebab takut pedassssss sangat. Tapi sambal garing che nor tu pernah rasa. Sedap jugak hehehe :D

Tak pernah makan sambal hitam. tapi sambal campur belimbing tu pernah lah. Sedap! Sambal hitam ni mesti lagi sedap rasa dia, kan.

Okey nanti nak cuba la..sambal sengat eh..nak puasa ni sambal macam ni sgt membantu

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top