Assalamualaikum..
Body Sebamed Baby Liquid Cleanser Untuk Ekzema | Aku dah lupa bila Naura start gatal gatal kat bahagian pelipat lengan tu tapi makin hari makin teruk. Yang aku ingat November 2019 aku pergi farmasi cari ubat untuk gatal gatal tu dan pharmacist cakap boleh guna calamine lotion. Aku guna calamine lotion seminggu tapi tak de apa apa perubahan pun. Hanya untuk keringkan sahaja. Bila next appointment kat KKIA, aku bagitau nurse nak jumpa doktor sebab nak minta doktor prescribe ubat untuk Naura. Masa jumpa doktor, she said ekzema macam ni normal untuk baby, nanti dia akan hilang sendiri. Then doktor prescribe ubat sapu yang ada steroid tapi tak boleh sapu kerap sebab nanti kulit jadi terlalu kering.
Dah makin teruk time ni |
Sepanjang sapu ubat sapu yang doktor bagi tu, ada perubahan tapi tak ok sangat sebab nak kena sapu selalu. Lagipun ubat sapu yang doktor bagi tu untuk sapu seminggu sahaja then doktor suruh stop. Kemudian masa jumpa paeds kat WCHKL, aku tanya lagi pasal ekzema ni sebab rimas nak kena balut tangan Naura tak nak bagi dia garu. Doktor bagitau beli aqueous cream sebab doktor pun guna aqueous cream. Masa balik kampung, aku beli kat farmasi aqueous cream tu harga untuk botol besar tak sampai RM30 pun. Aku pun tak tahu tercampak mana dah cream tu sekarang. Aku guna setiap hari tapi tak de kesan apapun. Stress betul ! Selain aqueous cream, aku dah pernah guna Puer's Kidsdom dan MayyaBaby Cream. Tapi tak jadi pun.
Nenek belikan untuk cucu |
Mama pergi farmasi dan balik farmasi bagi aku Body Sebamed Baby Liquid Cleanser kat aku. Mama cakap bagi Naura pakai, kesian sangat tengok tangan Naura katanya. So, aku pakaikan untuk Naura dan Alhamdulillah makin better dan terus hilang dari pandangan mata sampai hari ni. Tak sempat habis sebotol pun mandian ni tangan Naura dah ok. Alhamdulillah.
Dulu adik bongsu aku, Nadia memang ekzema teruk. Masa tu tahun 1994. Mama cakap 3 hari lepas lahir seluruh badan adik aku naik kudis dan flaky skin macam tu. Kepala pun sama. Zaman tu bukan tahu pun ekzema ke apa sebab doktor pun tak inform tu ekzema. Guna Aiken pun tak jalan. Ubat sapu semua pun tak jalan. Berubat sana sini sampai ke Kg New Zealand pergi berubat pun sama, tak perubahan. Aku tak ingat sampai umur berapa tahun , Nadia baru ok sikit. Sekarang, Alhamdulillah ok tapi kalau kena rumput mula la gatal. Korang ada family yang ada ekzema? Korang guna apa?
4 Comment for "Body Sebamed Baby Liquid Cleanser Untuk Ekzema"
ekzema ni kena jaga betul2...
barang2 pun kena asing dari org lain...
so far k ret xde family yg ezema cuma cousin ada la..
Sian tgk tergaru2 kan...
Semoga naura dah makin OK ye...
Alhamdulillah, ada juga yang serasi.
Saya ada jugq masalah ni. Untuk ubat sapuan, saya selalu simpan dua ni di rumah- Moogoo dan Ezerra. Yang pasti kena make sure kawasan gatal tu bersih, tak terlalu kering atau basah sebab peluh.
Baca review ramai kata bagus produk ni.
Sama macam anak sedara saya, ekzema since lahir sampai umur 2 tahun kalau tak silap. Macam macam jenis ubat try, alhamdulilllah sembuh jugakk akhirnya. Tapi makan kena pantang sebab ada makanan yang trigger naikk gatal gatal kat badan.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)