Assalamualaikum
Kena 'Paw' Dengan Naura Kat Daiso | Lama sungguh tak masuk Daiso. Aku pun baru tahu harga kat Daiso sekarang RM5.90. Tak silap dulu naik RM5.30 kan? Ke aku yang silap? Hehe.
Last week pergi Aeon Mall, dan sementara menunggu Lurviey solat Zohor aku kena jaga Naura dan bawa pusing pusing sekitar surau tu. Kebetulan Daiso tu dekat dengan surau. Masa pusing lalu depan Daiso tu Naura terus nampak Car Neck Pillow bentuk kucing. Terus dia tunjuk sambil cakap 'cat..cat..cat' . Tapi aku tak masuk pun sebab baru je beli cat and sheep beberapa hari sebelum tu kat Giant.
Lurviey dah siap solat, turn aku pula solat dan Lurviey jaga Naura. Dah siap solat terus pergi Food Avenue untuk lunch. Tak banyak pilihan yang ada dan harga macam tak berbaloi. Yang berbaloi bagi aku sizzling yee mee. Paling pening kepala tak tahu nak order apa untuk Naura sebab nasi ayam kat food court tu tak nampak sedap pun. So, Lurviey tapau nasi ayam kat The Chicken Rice Shop untuk Naura. Naura ni memang susah sangat nak makan makanan lain selain sup, nasi ayam, nasi lemak. Lain lain memang dia tolak. Pening kan jadi aku bila anak susah nak makan.
Sementara tunggu nasi ayam TCRS siap, aku makan sizzling dulu dan offer kat Naura, dia tolak. So, aku makan sambil Naura tengok. Then, aku offer lagi sekali, dia jawab nak. Dia jilat sudu 3 kali nak rasa kot then baru makan yee mee tu. Alhamdulillah banyak juga dia makan. MOMMY IS HAPPY sebab Naura dah cuba makanan baru selain daripada makanan yang selalu dia makan tu.
Sebagai upah, mommy ajak dia masuk Daiso belanja cat yang dia tunjuk tadi tu. Masa masuk Daiso tu terus dia pergi ambil cat dan peluk. Alahai anak. Alang alang dah masuk aku pun pusing la jap dalam Daiso nak tengok kot ada yang menarik untuk di beli. Aku beli sudu kayu sebab tengok macam best je orang guna sudu kayu. So, we went back home with happy mood. Naura peluk cat sepanjang perjalanan nak balik rumah. Sebelum balik singgah Econsave jap cari daging sebab nak buat ala ala Daging Harimau Menangis gitu untuk dinner.
Aku sebenarnya buntu kalau bab nak bagi makan kat Naura ni. Macam macam dah buat sampai hilang sabar nak jadi hulk la. Aku follow group makan baby, follow dietitian yang ajar cara nak bagi makan anak yang susah nak makan ni semua tapi memang susah. Kena sabar dan terus cuba lagi la kan?
6 Comment for "Kena 'Paw' Dengan Naura Kat Daiso"
Comel je dapat hadiah kucing tu sebab cuba rasa makanan lain :D
Betul tu kak naniey, kena banyakkan bersabar. Jangan putus asa okay :)
terliurnyaa tgk daging harimua menangis ni
alahai naura ..sama ngan sikembar..susah nak makan...uik..daging harimau menangis tu bukan main sexy
eh RM5.90 dah? Bukan Rm5.10 ke? nampak sangat lama tak masuk Daiso. Comelnya bantal cat. Patutlah Naura paw :)
Comelnya hadiah kucing tuuu!
Nampak sedap daging tu...!
Comel kucing tue, seronoklah adik dapat hadiah yang comel nie.. hihi.. btw, tahniah diucapkan kerana awak terpilih untuk Top Commentator jurnal saya...
https://www.shikinrazali.com/2021/04/top-commentator-bulan-april-2021-tahniah.html
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)