Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Masak Shellout Sendiri Lagi Untung

 Assalamualaikum..

Masak Shellout Sendiri Lagi Untung | Dah lama sebenarnya aku dan adik adik nak buat shellout tapi tak terbuat. Plan 2 tahun baru tertunai last week. Tajuk macam aku yang masak tapi sebenarnya yang masak adik ipar aku. Aku tunggu  siap je la sebab nak melayan Naura yang melasak tak reti duk diam ni. *Alasan baik punya

Pagi lagi adik lelaki aku dah keluar cari barang untuk buat shellout. Ada ketam, udang galah, ,lala, kepah, sotong, scallops, dan brokoli. Total semuanya almost dua ratus ringgit untuk 9 orang makan. 

Aku memang tak makan nasi seharian. Meratah shellout tu je. Kenyang sangat. Lagi lagi udang galah dan kepah. Memang favorite aku sangat. Berat makin bertambah aku rasa ni. Konon nak turun berat badan tapi tu la macam susah je. (Nak seribu daya, tak nak seribu dalih) . Ye dak? 


Tag : random post
10 Comment for "Masak Shellout Sendiri Lagi Untung "

Meriahnyaaaa shellout kak naniey, menggoda betul udang ketam tu :D

Memang puas hati masak shellout sendiri. Macam macam favourite ada dan masak ikut selera sendiri :)

Perghhh syiok nya dpt makan reramai oastu byk plak tu.. Mmg puas hati ni.. Pastu ada tukang masak sekali hhehe.. Memgancam sungguh menu dia ni hahaha

Bestnya shellout. Betul2 kalau buat sendiri lagi jimat actually. Cuma yang penting kerajinan nak masak tu kena ada la.

Sedapnya shell out Naniey. Kan. Lagi berbaloi buat sendiri. Fiza kalau makan shell out memang Tak makan dah nasi. Ratah tu je pun dah kenyang. 🤭

betul! buat sendiri lg untung..berkali2 buat tambah haa..

Ya ampuuunnn... sedapnya meratah shellout!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top