Assalamualaikum..
Naura Demam Tonsil | Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadhan dah kita ye. Selamat berpuasa korang. Hidup aku chaos sikit ni sebab Naura baru nak ok daripada demam. Kali ni Naura demam lama sikit daripada biasa dan seperti biasa memang setiap kali Naura demam, aku akan jadi super takut dan memang aku tak cukup tidur apatah lagi nak makan. Perut auto kenyang. Aku dah lost almost 3kg dalam masa 4 hari ni.
Sehari sebelum Naura demam |
Sampai kat emergency WCHKL macam biasa kena ikut prosedur isi borang saringan Covid lepas tu baru check suhu, blood pressure, semua tu la dengan MA. Suhu Naura masa check up semalam sangat tinggi, 39.3, oksigen ok, jantung agak laju disebabkan oleh suhu tinggi tu. Terus MA bagi PCM. Aku terus tanya berapa ml PCM yang patut kena bagi sebab kat HTA dia bagi PCM merah 6.5ml tapi kalau yang WCHKL ni 3ml je. MA jawab ikut berat badan 3ml je.
Suruh Lurviey daftar dulu kat atas sambil tunggu turn jumpa doktor. Semalam ada 3 orang baby dan kanak kanak yang tengah tunggu turn. Aku kira orang yang paling last. Sampai turn aku, soalan pertama doktor tanya, ada sawan tak. Aku cakap tak de. Muka doktor tu punyalah lega macam dia pula mak mak. Alhamdulillah tiada sawan kali ni. Aku memang takut sawan je bila demam. Aku tanya macam macam kat doktor semalam and lama juga aku kat dalam bilik doktor tu.
Doktor bagitau semalam kalau tonsil kerap sangat dalam setahun antara 4-6 kali setahun, normally akan buat operation buang dan untuk buang tu pun ada risiko pendarahan post opt. But for Naura no need pun tapi doktor macam pelik la sebab dah on antibiotik dan nak masuk hari ke 5 tapi masih merah lagi tonsil Naura. At the same time, Naura baru je batuk dan selsema. Aku tanya boleh ke bagi ais krim sebab batuk. Doktor cakap boleh sebab tiada asma. Lagipun untuk legakan tonsil memang kena makan ais krim vanilla. Even doktor ENT pun suggest untuk makan ais krim untuk legakan dan baikkan tonsil ni.
Aku tunjuk ubat yang aku dapat kat HTA dan doktor tu cakap sebenarnya ubat tu sesuai untuk baby below 1 year. Untuk Naura PCM yang HKL provide tu. Sakitnya hati aku bila dengar dan tahu pasal tu. Aku tanya doktor tu, adakah sebab tu demam Naura macam tak kebah dan ubat tu memang tak efektif. And she said boleh jadi sebab ubat tu memang untuk baby dan mungkin HTA nak habiskan stok tu. Grrr...
Lepas dah settle check up semua semalam, then doktor tanya soalan yang membuatkan aku gelabah. "nak masuk wad tak?" Kenapa kena masuk wad sebab doktor cakap semua ok. Doktor risaukan suhu Naura yang tinggi sebenarnya sebab tu dia suggest untuk warded but if tak nak pun boleh dan boleh pantau kat rumah. Tapi bergantung juga sebab nak kena check dengan doktor dan juga kekosongan wad. So, aku dan Lurviey decide warded je la untuk kebaikan Naura, at least aku lega kat sini. Aku dengan Lurviey tunggu kat luar bilik doktor menanti keputusan kekosongan wad dan juga apa kata bos daripada doktor tu.
Doktor keluar bagitau tak de kekosongan wad sebab semua katil penuh sekarang. Doktor bagitau balik pantau sahaja suhu dan teruskan antibiotik complete 7 hari. Doktor akan siapkan referral letter untuk ambil antibiotik yang lagi tinggi andaikata hari ke-7 masih demam dan tonsil still tak ok.
Balik rumah memang badan penat sangat. Penat balik daripada kampung pun tak hilang lagi. Rumah pun masih tak kemas sepenuhnya lagi. Sahur semalam pun Lurviey makan nasi putih dengan sup ayam ciput je. Kesian laki aku ! Aku memang tak larat sangat. Tak tahu nak cerita macam mana. Alhamdulillah pagi ni suhu Naura ok. Bangun pagi aktif main macam biasa, makan pun memang berselera cuma tak banyak macam biasa. Ais krim bagi tadi pun kena paksa makan.
Doakan Naura cepat sembuh ye dan tak perlu nak pergi ambil antibiotik lain dah
7 Comment for "Naura Demam Tonsil "
Ya allah risau kan klu budak-budak dah start demam ni...
Lebih-lebih lagi pas makan ubat tp x kebah2...
Harap2 Naura dah makin sihat ye...
Mohon perbanyakkan bersabar kak naniey dan husband. Semoga naura cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Aamiin.
Kak naniey pun jaga diri, jangan kak naniey sakit sekala :)
Btw selamat menjalani ibadah puasa akak dan keluarga!
Semoga Naura cepat sembuh seperti sediakala, and memang betul aiskrim vanilla dapat melegakan bengkak tonsil..
semoga cepat sembuh Naura...
Allahu..moga Naura cepat kembali sihat ye, Naura :) Naniey pun take care ye, lost 3kg banyak tuuuu
cepat sembuh ye Naura. Kesian anak kecil kena tonsil.
Allahu... moga cepat sembuh sayang
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)