Assalamualaikum...
Resepi Ayam Masak Halia Mudah | Lama sungguh tak masak Ayam Masak Halia. Jadi pagi tadi bersahur dengan Ayam Masak Halia. Kadang tak tahu nak masak apa untuk sahur sebab aku kena ikut perut Lurviey, sebab dia ada gastrik. Jadi kena ada nasi dan lauk tak boleh pedas. Berbuka pun sama. So far berbuka banyak makan luar dan berbuka kat rumah mama. Aku rasa baru berapa hari ni je aku masak untuk berbuka.
Bahan Bahan
- Ayam potong potong
- Kicap manis
- Lada hitam tumbuk kasar
- Halia hiris
- Bawang merah dan putih hiris
- Lada besar hijau or merah hiris
- Sedikit bancuhan tepung jagung.
- Sedikit air
- Garam kunyit
Cara-caranya
- Ayam potong potong gaul garam kunyit, lada hitam dan kicap mani. Perapkan
- Lepas tu goreng.
- Tumis bawang merah, putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan ayam goreng dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
- Dah masak elok, boleh masukkan lada. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
- Then rasa. Kalau kurang rasa boleh masukkan kicap sikit.
- Done!
Hari ni inshaAllah tak masak sebab nak berbuka rumah mama dan hari ni nak keluar awal sebab nak ambil bubur lambuk dan nak agih agihkan bubur lambuk. Semoga dipermudahkan segalanya hari ini. Aamiin.. Have a great weekend korang !
Tag :
resepi
5 Comment for "Resepi Ayam Masak Halia Mudah "
Ayam masak halia lama tak masak.. hehe mudah dan sedap
My favorite! Senang gila nak masak lauk ni hehehehe.
Sedap..fav akak ni...biasa akan masak time sahur jugak...menaikkan selera gak ni
Sedapnya ayam masak halia. Saya pun dah lama sungguh tak masak ayam masak hali ni.
Sedap nie buat lauk sahur..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)