Assalamualaikum...
Rezeki Jangan Di Tolak | Semalam baru dapat keluar cari keperluan bahan mentah untuk masak. Balik dari kampung hari tu memang tak sempat nak keluar membeli sebab Naura demam. Sehari sebelum balik KL memang Naura dah demam lepas tu dah kebah. Alhamdulillah. Hari balik KL tu Naura ok je sepanjang perjalanan tapi muka masih belum sihat sepenuhnya. Petang sampai kat rumah nenek tiba tiba suhu naik semula. Alhamdulillah hari ni Naura dah sihat cuma ada batuk sikit dan selsema sikit je lagi.
Semalam lepas siap beli barang mama call cakap datang berbuka kat rumah mama. Kata orang "rezeki jangan di tolak, maut jangan dicari". Jadi aku tak payah masak la. Lol. Sampai rumah mama, semua ada kebetulan adik ipar memang cuti jadi meriah la sikit. Adik Lurviey ada 2 orang je (dorang 3 beradik dan semua lelaki).
Mama masak kari udang semalam. Pekat likat karinya dan semestinya udang besar besar. Memang fave aku sangat lah. Mama memang tau aku suka udang sebab masa buat makan makan steamboat last year, aku melantak udang ke main banyak. Orang lain belasah kambing, tapi aku belasah udang. Tak de orang nak makan, jadi aku belasah la udang. Roti boom pun ada semalam. Kalau tak nak makan nasi boleh makan roti boom cicah kari udang tu.
Mama ada masak ayam berlada yang ada letak serai dan daun limau purut tu. Mama cakap Nani mesti suka sebab pedas. Memang pedas gila sebab Lurviey gigit sikit je, berubah muka terus sebab pedas. Lurviey memang tak makan pedas, Lagi lagi ada gerd. Sebelum pergi rumah mama semalam Lurviey singgah beli murtabak legend katanya. Aku tak pernah makan pun tapi bagi aku kurang sedap walaupun tebal. Macam ada something yang kurang. Maybe boleh try lagi next time. Aku prefer murtabak Suberi Nasi Kandar. Memang sedap gila!Ini puasa kali pertama aku dengan keluarga Lurviey sebab masa first year kahwin tu, sehari sebelum puasa aku warded HKL sebab demam dan batuk. Kebetulan memang tunggu masa je nak beranak. Aku ingat lagi, aku warded hari Ahad, hari Isnin puasa, lepas tu hari Sabtu baru discharge. Hari Isnin check in balik beranak. Sebulan aku tak puasa. Last year pula kat kampung. PKP dan memang tak boleh balik KL. 3 bulan aku kat kampung siap sambung raya terus. Happy sangat sebab tahun lepas semua ada kat kampung kecuali adik lelaki. Tahun ni raya memang turn sini jadi aku tak terasa sangat. Semoga Allah lindungi keluarga aku dikampung dan permudahkan segala urusan mama. Kesian mama nak urus papa sorang sorang. Nasib baik adik bongsu masih ada di kampung, jadi mama tak sendirian bersahur dan berbuka.
Korang masak apa hari ni? Ke nak berbuka kat luar?
3 Comment for "Rezeki Jangan Di Tolak"
Betul tu naniey...rezeki jangan ditolak kan..sedapnya kari Udang..dalam fridge ada udang harimau lagi...boleh la masak kari ni....dapnyaaa
Sedapppnyaaaaaa kari udangggg, harini saya berbuka makan sayur pucuk paku dengan ayam goreng hehehe.
omgg sedapnyaa.. tgk plak time2 pagi mcm ni, terliur la
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)