Assalamualaikum
Tepung Pelita Warisan Sungai Buloh | Kalau masuk bulan Ramadhan benda paling wajib ada waktu berbuka puasa adalah tepung pelita. Selain tepung pelita, murtabak juga jadi pilihan ramai waktu berbuka puasa. Kalau kat kelantan ada Kuih Nekbat tapi tahun ni memang aku tak merasa la nekbat tu. Nekbat time puasa je ada jual.
Tepung pelita ni memang kuih fave aku dari kecil lagi. Kat Kelantan susah nak jumpa, kalau ada pun belum tentu sedap jadi kena buat sendiri. Nak buat sendiri tu leceh la sikit. Bila duk kat KL/Selangor ni bila sebut tepung pelita, yang jadi sebutan Tepung Pelita Kg Paya Jaras. Setiap tahun bulan Ramadhan memang Lurviey akan belikan untuk aku. 2 tahun lepas memang tak merasa sebab time tu tengah berpantang dan tahun lepas pula aku kat Kelantan. Jadi tahun ni dapatlah merasa Tepung Pelita Warisan ni.
Tepung Pelita Warisan ni tak pernah tak ramai orang. Memang kena beratur la nak beli tepung pelita ni. Nasib baik agen dia banyak dia. Kalau kat kawasan rumah mama Lurviey tu tak silap aku ada 3 tempat yang jual tepung pelita ni. Jadi kalau habis kat satu tempat boleh terus ke tempat lain. Yang dalam gambar ni kat depan masjid area Taman Setapak Indah. Kebetulan time ni jalan jalan tengok kemeriahan sepanjang jalan kat situ.
Dah banyak tray habis. Memang laku keras tepung pelita ni. Senang juga untuk agen jual sebab Tepung Pelita Warisan ni dah ada nama yang kukuh.
Ada 3 tray je lagi masa que nak beli tepung pelita. Satu tray tu aku bilang ada 72pcs macam tu. Bayangkan berapa banyak sales agen ni setiap hari. Alhamdulillah.
Lurviey memang beli 2 bekas tepung pelita ni. Memang sedap. Halus sangat textures tepung pelita ni. Aku ada beli tepung pelita lain tapi kurang umphhh sebab cair sangat. Hopefully peniaga tersebut boleh buat sedap lagi, jadi bila orang beli, rasa sedap, pembeli akan repeat lagi. Tapi kalau dah terkena masa pertama kali beli, memang orang tak kan repeat dah !
4 Comment for "WAJIB BELI Tepung Pelita Warisan Sungai Buloh "
Dulu masa duduk area sg buloh memang selalu beli..kalau tak salah diorang meniaga time Ramadhan je.selain ramadhan memang x jumpa la..
Lamanya tak makan.. kalau tak kerana pantang mesti dh cari hehe
Kuih tepung pelita laku keras bulan puasa ni. Famous ye tepung pelita warisan ni. Yang sedap mesti orang selalu beli. Tapi yang jenis sedap ni kena gigih beratur dan cepat beli. Kalau tidak habis awal.
Makan pula masa sejuk, memang best nie.. Tapi tulah.. susah nak dapat yang sedap..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)