Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Khairin Thai Food Aroi Celup Celup Sedap

 Assalamualaikum.. 

Khairin Thai Food Aroi Celup Celup Sedap | Aku anything yang berkaitan dengan sup or tomyam ni memang suka sangat. Wajib makan ! Sehari kalau tak makan hirup macam tak lengkap hidup. tu yang shortcut masak maggi je semata nak something berkuah. Ye tahu tak bagus untuk kesihatan. Sebab tu bila craving sangat aku masak bodoh je tomyam. Campak bahan yang ada kat rumah. Asal dapat hirup. 

Khairin Thai Food Aroi ni bertempat tepi jalan area Taman Gombak Ria. Kat sini selalu jadi port budak sekolah makan juga sebelum balik rumah. Mak cik mak cik datang borak sambil makan mee celup pun ramai juga kat sini. Open air ye ! Aku jarang makan kat sini sebab Naura tak boleh duk diam jadi kalau ada anak yang baru boleh berjalan tu memang kurang sesuai untuk makan kat sini. Much better tapau then makan kat rumah. 

Bagi aku makanan kat sini memang ikut standard tekak aku. Sama macam orang siam buat sup celup tu. Akak (owner) yang masak ni orang utara, at first aku ingat dia orang Kelantan sebab rasanya sama macam aku makan kat Kelantan. Hehe..Aku kalau pergi area sini memang selalunya akan singgah tapau kue teaw daging campur dengan paru. Nak buat sendiri kurang rajin sebab aku sorang je yang makan. Lurviey pun makan juga tapi tak banyak. So, aku tapau je la lagi mudah kan? 


P/S: Lewat sikit ye aku jalan kat blog korang. Nak pergi check CCTV kat control room later. Aku nak check makhluk mana curi parcel aku semalam.

1 Comment for "Khairin Thai Food Aroi Celup Celup Sedap "

ha dkt ngan umah kakak kita ni..
tapi dah lama x pegi area sana..
maybe nanti bole try2 jenguk hehehe :)

eh eh sape yg jahat cilok parcel dia ni?!!
Babab juga kang..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top