Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Masak Tempoyak Ikan Patin Ezy Durian Paling Padu

 Assalamualaikum... 

Masak Tempoyak Ikan Patin Ezy Durian Paling Padu | Ye sangat padu sehingga aku rasa tak cukup 1 set nasi dan tempoyak ikan patin ni. Aku jarang nak beli masak tempoyak ikan patin ni sebab mostly yang aku try makan memang out la rasa dia. Ada yang manis, ada yang kedekut nak letak tempoyak, ada yang masam. Memang tak menepati citarasa aku langsung. Aku masak lagi sedap tau ! Tapi nak sedap kena make sure tempoyak tu pun sedap la. Hehe. *puji diri sendiri

Semalam aku try beli masak tempoyak ikan patin ni sebab dapat 50% dan ada capped RM30 dengan minimum belian RM60 jika buat belian menggunakan Maybank2U. Harga set ikan patin bahagian badan ni RM10 jadi after less 50% RM5 je. Murah kan. Bukan murah je tapi sedap sangat. Memang takkan menyesal. Rasa macam yang aku buat tapi Ezy Durian punya lagi padu dan pekat. 

Aku tengah taip entri ni pun telan air liur sebab tak cukup. Rasa macam nak order lagi je hari ni. Aku order online dan masa pergi pick up barang yang aku order ni, set ikan patin ni yang last jadi kuah tak banyak. Aku kalau makan memang nak kuah banjir baru sedap. Nasib baik kuah tu cukup walaupun sikit.

Lupa nak bagitau, satu set nasi ni akan dapat nasi putih, ikan patin masak tempoyak (kepala dan badan harga RM10 dan ekor RM12 - so kira sendiri la after 50% berapa), sambal tempoyak dan ulam timun. Sambal tempoyak aku tak makan jadi aku simpan tepi je la. Oh ye, aku perasan ada dua jenis warna kuah ikan patin. Kalau yang warna oren tu tak berapa sedap bagi tekak aku. Memang tak menepati citarasa aku tapi kalau yang kuah kuning, inshaAllah sedap hingga menjilat pinggan. Tempoyak aku dah beli kat Ezy Durian ni tapi tunggu lepas raya nanti la baru masak. Cara aku masak tempoyak ikan patin boleh tengok kat sini -> RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK . 

Korang nak beli juga? Korang boleh check kat app Maybank2u then pilih sama sama lokal dan pilih negeri korang sekarang untuk lihat seller yang join program under Maybank ni. PROMO CODE : RAMADAN50. Tapi kalau dah fully redeemed tak dapat harga 50% dah tau. Korang boleh follow live kat Facebook Ezy Durian kalau korang nak tengok saiz udang, lobster, sotong yang dorang jual. Merchant lain aku tak pasti sebab tak pernah beli lagi.




Tag : food
7 Comment for "Masak Tempoyak Ikan Patin Ezy Durian Paling Padu"

Fav akak jugak ni Patin Masak Tempoyak tapi susah nak jumpa ikan patin yang betul2 takde bau lumpur

Memang betul betul sedappp tuu sampai licin bekasnya!
Tinggal tulang semata mata hahahaha.

Wow.. menarik jualannya. Mudah nk oder lps ni. Makan sampai licin tu

Baca entri ni sambil telan air liur 😊

Wah, nie favourite kami suami isteri...😊kalu lalu kat LPT 1, mesti kitorg akan singgah kat Hentian Temerloh semata² nak makan patin tempoyak..

sedapppnyaa ni. nasib laa kat sabah ni ada juga kedai yang jual masakan semenanjung..

First time CCL makan tempoyak sedap jugak . Kat perlis susah nak cri orang jual tempoyak . Even teringat2 nak makan kena masak sendiri tempoyak ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top