Assalamualaikum..
Review Kordel's Vitamin C Passion Fruit | Ingat tak aku ada beli Kordel's Vitamin C online je kat Watson? Lepas tu aku ada bagitau yang aku memang tak ngam kalau ada kandungan passion fruit ni. Ye betul. First tablet aku minum memang aku terus selsema dan nak demam. Aduh. Seharian juga aku selsema. Rasanya 3 hari nak raya tak silap aku. Nasib baik next tablet dah ok dah dan tak selsema lagi.
Kenapa aku beli vitamin C ni. Dulu aku memang suka makan buah tapi sekarang macam susah sangat nak telan buah. Makan tetap makan tapi tak banyak macam dulu la. Jadi aku rasa macam kurang je vitamin dalam badan aku ni. Yes, doktor bagitau cukup sekadar makan buah je. Tapi ada doktor bahagian perubatan nutrisi pula bagitau kena ambil supplemen sebab gaya hidup kita sekarang ni tak macam gaya hidup orang dulu. Makan melantak macam macam jenis makanan yang ntah pape je kan.
Di Petik daripada Facebook Dr Norman Norawi
"Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan ini?
Jika anda bertanya dengan sesetengah doktor maka ada yang berpendapat bahawa kita tidak perlukan suplemen ini. Pada pendapat mereka cukuplah dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat. Pendapat sebegini agak kurang tepat dengan keadaan kehidupan kita pada zaman moden ini. Kajian saintifik yang terbaru membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengambilan suplemen ia akan membantu mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis peyakit yang kronik. Hakikatnya, makanan yang kita makan zaman sekarang tidak dapat menampung keperluan vitamin mineral, zat zat surih dan anti oksidan tubuh badan.
Masing masing ada pendapat masing masing kan. Tapi kalau korang yang ada consume ubat lain daripada hospital jangan memandai pula nak beli suplemen itu ini. Dapatkan nasihat doktor dulu. Kang lain pula jadinya. Bahaya untuk diri sendiri pula.
Review Kordel's Vitamin C Passion Fruit
- 1 pek ni ada 10 tablet. - perlu larutkan dalam air. Aku guna gelas besar ni je sebab bila aku guna gelas yang besar dan air yang banyak, semasa minum tu aku rasa macam nak muntah. Tapi bila guna gelas kecil ni, Alhamdulillah sedap dan ok
- Harga mampu milik. Aku beli masa promosi di Watson (shopee) RM11.36 sahaja. Harga asal RM14.20. Ada certain shop jual RM18+ macam tu. Pandai pandai la korang cari the best price jika berminat
- Badan rasa kurang letih daripada pagi sampai malam walaupun buat kerja non stop. Stop masa makan, masa Naura tidur dan masa solat. Selebihnya mommy memang tak dapat nak rest. Ada je kerja nak kena settlekan.
- Kalau nak minum Vitamin C, make sure jarakkan pengambilan caffaine antara 1-2 jam (yang ni aku ada baca kat forum mana dah lupa dah, doktor ada share).
- Jangan minum dengan perut kosong. Ada sekali aku minum dengan perut kosong then rasa macam pening pening dan nak muntah. Then baru teringat aku minum dengan perut kosong. Lepas tu baca kena take with meal.
Tu je so far. Kalau untuk skin langsung tak nampak kesan la. Muka pun rabak ni. Baru je nak ok. Harapnya ok lah sebab aku dah stop cucuk perancang Depo. Alkisah stop tu sebab aku terlupa nak pergi KK. Bila check kat kad baru perasan terlewat 3 hari. Then aku whatsapp nurse yang incharge check up aku selalu tu untuk stop depo. Dia kata ok dia akan tutup case. Selesai kisah cucuk depo. Harap berat aku pun turun kembali seperti sebelum ni juga.
4 Comment for "Review Kordel's Vitamin C Passion Fruit"
AKAK AMIK FLAVETTES 1000MG dan jugak tablet vit C sehari sekali ambil lepas sarapan...dalam keadaan pandemik teruk sekarang kita smeua kena jaga dii kita..supplement memang kena makan hari2
so far k ret minum flavette je..
or vitc yg dr shaklee...
vitc mmg penting kan....
Ramai review mcm best tp setakat ni rajin makan buah oren lg heheh kalau malas baru beli kot
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)