Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Kelebihan Selawat Nuril Anwar

 Assalamualaikum.. 

Kelebihan Selawat Nuril Anwar | Salam Sayyidul Ayyam semua ! Kalau tak silap aku dalam beberapa hari lagi PKP nak tamat kan? Aku rasa PKP akan bersambung lagi sebab kes pun masih tinggi walaupun menunjukkan penurunan. Dah lama tak sharing dalam segmen rohani, jadi hari ni aku nak kongsi kelebihan Selawat Nuril Anwar. Selawat ni bila aku dengar rasa tenang je. 


Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Al-Badawi qaddasallah sirruhu. Kelebihannya Selawat Nuril Anwar

  1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
  2.  Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
  3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
  4.  Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
  5.  Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi. Wallahu a’lam.

 

Setiap kali dengar selawat ni, terus aku teringat zaman aku kat sekolah asrama dulu. Bangun pagi, mandi dengan air sejuk, jalan kaki naik bukit nak ke masjid waktu subuh. Sejuk tu sampai ke tulang rasa. Selesai subuh, balik bilik, get ready nak pergi sekolah pula. How time flies 😁

Sumber : Facebook

3 Comment for "Kelebihan Selawat Nuril Anwar "

sama la naniey bila dgr selawat ni teringat kat asrama waktu subuh2 tu huhu

Terima kasih Naniey atas perkongsian ini...

Nice sharing.. baru tahu selawat ni. Boleh amal nanti

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top