Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Rezeki Steamboat Kuah Tomyam

 Assalamualaikum... 

Rezeki Steamboat Kuah Tomyam | Pagi semalam mama call aku minta Lurviey datang rumah ambil steamboat. Mama ada buat steamboat. Fuhh.. Memang aku tak masak la untuk lunch. Makan steamboat je la semalam. Walaupun jarak rumah mama Lurviey dengan tempat kami tinggal tak sampai 5 minit pun kalau ikut DUKE, tetap kami ikut SOP tak pergi rumah mama. Lurviey je la memang kadang pergi drop barang then terus balik. Bila la nak berakhir semua ni. Aku pun rindu kat mama papa kat kampung. Sepatutnya tahun ni raya haji kat kampung tapi macam tak de harapan langsung dah. Nasib baik sekarang zaman teknologi boleh video call. Thanks to Technologies ! 

Yang ni tak silap aku makan steamboat akhir tahun lepas. Memang sedap bila berkumpul, makan makan. Tapi time ni kami, mama dan adik beradik Lurviey je. Adik beradik tak ramai pun. Ada dua orang adik lelaki je. Makan makan kita je la time ni, sebab nak berkumpul family mama semua seperti selalu tak dapat rentas daerah time ni. Pekena kambing bakar dengan tomyam memang kenyang sangat ! Alhamdulillah. 

Mama punya kuah tomyam memang sedap. Resepi campak campak. Pedas tapi sedap. Tak tahu aku nak describe macam mana tapi memang sedap. Aku punya style tomyam, guna paste Tomyam Thailand ni je.Kerap sangat buat tomyam, aku pun dah muak dah rasa tomyam aku buat ni. Hehe.. 

Hari ni, Alhamdulillah dapat merasa kuah Tomyam mama. Puas anak tekak menghirup tomyam yang pedas secukup rasa tu. Udang pun banyak mama bagi. Memang tahu betul menantu ni hantu udang. Alhamdulillah rezeki. Masa call, mama ada cakap nanti habis PKP nak buat makan makan. Sedapnya. Tapi bila kan? Sabar je la. Korang ok lagi tak ni PKP sambung lagi? Kalau stress cari seseorang yang korang percaya untuk korang luahkan apa yang korang rasa or perlukan bantuan,  OK!



Tag : random post
4 Comment for "Rezeki Steamboat Kuah Tomyam "

warghhhh terliur nya tgk kuah tomyum kan tu?!!!
Adoiii memang sonok kan klu makan ramai2...
Raya aji mmg konpm la kita terperap lagi dalam rumah...

Sedapppnyaaa tengok steamboat tuuu, dah lama takk makannn.

Sedap ni bt sendiri heheh kalau mkn kt kedai ada saja yg tak kena.

Alhamdulillah..rezeki. Tak payah masak dah. Sedap tu makan steamboat sekeluarga. Dia punya accesories macam macam adaaaa

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top