Assalamualaikum..
Tempahan Roti Homemade Murah Dan Sedap Putrajaya | Lama sungguh tak makan roti dan aku bukanlah penggemar roti macam Lurviey. Roti kosong gardenia cicah air kosong pun boleh je Lurviey telan gitu. Aku pernah cerita aku pengalaman aku buat roti dan mama ada bagi aku tepung roti dengan harapan menantu ni buat lah roti. Sampai sekarang tepung roti dan bahan bahan roti tu tersimpan elok dalam bekas kedap udara kat dapur tu. Nak buat roti ke, kek ke, biskut ke memang kena tunggu Naura tidur baru boleh buat.
Last week aku order roti sosej, roti chicken floss dan bomboloni dengan Cik Fardil. Kebetulan Cik Fardil ada COD area sini jadi boleh la tempah. Bomboloni tu je aku yang makan banyak. Memang sedap sebab aku suka sejenis macam bomboloni or donut macam Big Apple tu.
Tak puas lagi aku makan bomboloni. Aku suka perisa coklat. Yang lain ok cuma aku lebih suka coklat. Siapa yang tak suka coklat kan? Selain coklat tu ada perisa kiwi, strawberry dan blueberry. Semua sedap. Bomboloni ni kalau dohnya sedap, memang semua sedap.
Roti sosej ni aku rasa memang ramai suka makan terutama budak budak. Aku ingat dulu zaman sekolah kalau pergi kedai kek dan roti memang roti yang ada sosej la pilihan aku.
3 Comment for "Tempahan Roti Homemade Murah Dan Sedap Putrajaya "
Sedap bun chicken floss tu . Tiap kali singgah kedai roti . CCL wajib beli bun chicken floss ni
Sedap tu roti chicken floss. Kalau makan tak cukup seketul.
Saya pun suka bomboloni sebab fluffy. Chicken floss bun tu favourite juga. Macam macam jenis roti dia buat ye.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)