Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Ivermectin Bukan Ubat Covid-19

 Assalamualaikum.. 

Ivermectin Bukan Ubat Covid-19 | Kecoh semalam bila ahli politik pun sibuk nak suruh kementerian gunakan Ivermectin sebagai ubat untuk merawat Covid-19 sedangkan tiada kajian saintifik dan bukti menunjukkan keberkesanan Ivermectin ke atas Covid-19. 

 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Ada golongan antivac yang tahu tentang Ivermectin ni cepat je sebarkan maklumat tak benar ni.Vaksin masuk badan tak boleh, tapi ubat yang tiada bukti saintifik ni boleh pula masuk badan dorang ye. Pil ni dapat permintaan yang tinggi sekarang, dan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan orang lain. 

Sumber: Facebook
 

Ivermectin ni bukan untuk digunakan oleh manusia tapi ubat ni adalah ubat cacing yang digunakan untuk binatang ! Tau tak guna untuk binatang. Yang korang nak consume tu kenapa? Dah elok kerajaan bagi vaksin FREE OF CHARGE sibuk juga nak beli pil yang tak de bukti kukuh ni. Aku nampak artis pun ada bagi informasi pasal Ivermectin ni siap bagi no fon seller in case follower dorang nak dapatkan Ivermectin ni. 

Sumber : Twitter
 

Benda macam ni boleh buat mak pak yang kurang pengetahuan tentang ni mula rasa nak consume juga. Kasihan tau untuk mak pak yang anak duk jauh lepas tu kena racun dengan jiran atau pun rakan yang taksub dengan Ivermectin ni. Tengok je la contoh whatsapp group kampung yang aku jumpa kat twitter atas ni. 

 

Actually Ivermectin ni masih dalam peringkat kajian dan masih belum ada dapatan kajian. Jadi janganlah consume Ivermectin unless dah proven sebab ubat ni untuk jangka panjang kita tak tahu apa kesannya. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga mencadangkan Ivermectin hanya digunakan dalam kajian pesakit sehinggalah dibuktikan keberkesanannya.

Beliau berkata, Kesatuan Eropah (EU) juga melarang Ivermectin digunakan ke atas semua pesakit kerana kekurangan bukti saintifik terhadap keberkesanannya dan pada 27 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan India mengarahkan rawatan COVID-19 menggunakan Ivermectin, multivitamin dan zinc dihentikan.

KKM sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19, jika ada bukti kukuh yang menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara off label (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

 

P/S: Kita tunggu result bulan September nanti ye !

 


4 Comment for "Ivermectin Bukan Ubat Covid-19 "

Bahaya jugak ni bila termakan dengan info yang kurang tepat. Plus, ubat untuk binatang tu.

org skrg cpt sgt terpengaruhnya. dah lah malas membaca lps tu main guna je tanpa pengawasan doktor. kesihatan diri jd pertaruhan

Ubat cacing rupanya hahaha kelakar bila ramai yg mudah percaya tanpa periksa

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top